Gaya Hidup

Apa Perlu Dibuat Ketika Memandu Dalam Keadaan Hujan Lebat Dan Banjir

Memandu dalam hujan lebat dan banjir boleh menjadi merbahaya.  Walaupun anda memandu pickup trak diesel dengan suspense tinggi, anda perlu berhati-hati dengan arus air yang dengan mudah boleh menumbangkan kereta 4×4 anda. Pemilik SUV perlu sedar bahawa kenderaan anda mempunyai keupayaan meranduk air dalam, tetapi bukan melalui banjir yang mungkin ada perubahan kedalaman dengan lubang tiada penutup dan tanah mendak.  Ada pengeluar SUV dan trak pickup mereka kenderaan mereka supaya mampu mengharungi kedalaman yang tinggi (hingga hampir paras tingkap) dimana pihak kami sendiri telah mencuba dan menguji dengan jayanya, tetapi banjir mempunyai pelbagai masalah yang boleh menyebabkan anda tersangkut atau lebih teruk, dibawa arus.

Flood-Wading4

Ini adalah beberapa tip dan petua untuk membantu anda membuat persediaan untuk musim tengkujuh

Kerosakan kenderaan meningkat lebih tinggi semasa tempoh musim tengkujuh kerana air bertakung di atas jalan raya kita boleh menyebabkan masalah dengan enjin dan sistem elektrik. Jika anda perlu memandu, berikut adalah beberapa tip yang boleh anda gunakan untuk mengurangkan kemalangan atau kerosakan.

Kebanyakan kerosakan yang berlaku akibat hujan mudah dielakkan kerana ia selalu berlaku apabila ramai yang memandu meredah air dalam bertakung.  Walaupun dari segi teknikal ada pembaharuan dibuat pada kereta sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi masih bukan kalis air dan akan rosak jika mereka memandu dalam air dalam bertakung.

Insiden kerosakan enjin akibat banjir berlaku akibat air yang diserap masuk kedalam enjin yang menyebabkan enjin terkunci dan merosakan komponen penting dalam enjin termasuk piston yang bersambung dengan rod dan valve.  Ini memberikan kegembiraan kepada pemilik bengkel kereta bila mereka memberikan anda bil baiki kerana kos pembaikan akibat banjir sangat mahal.

Flood-Wading3

Ini adalah beberapa petua dan tip untuk anda memikirkan sebelum memnadu dalam hujan lebat.

  • Pertimbangkan samada perjalanan anda penting. Jika tidak, tangguhkan hingga hujan berhenti atau banjir mula surut?
  • Rancang perjalanan anda awal, mengambil kira pengelakkan melalui kawasan terdedah pada banjir, beri masa untuk benarkan anda mengurang kelajuan dan potensi untuk kesesakan lalu lintas berlaku.
  • Biarkan saudara mara dan rakan-rakan tahu jalan yang anda akan ambil dan jangka masa anda sampai dan kalau boleh memandu bersama yang lain.
  • Periksa blade cermin depan berfungsi sepenuhnya.  Jika blade depan dan belakang cermin tidak mengelap skrin dengan jelas dan bersih, gantikan secepat mungkin.
  • Pastikan kereta anda diisi petrol/diesel.  Menggunakan lampu dan penghawa dingin dalam kesesakan lalu lintas menggunakan lebih bahan api daripada memandu dalam keadaan biasa.
  • Bawa telefon bimbit supaya senang menghubungi ketika berlaku sebarang masalah semasa perjalanan anda dan pastikan bateri telefon bimbit anda ada sekurang-kurangnya 50%.

Flood-Wading1

Previous post

BMW Sambut 10 Tahun Sebagai Kereta No. 1 Di Dunia

Next post

Kenderaan Pacuan 4x4 Dalam Situasi Banjir. Jangan Terlebih Jangkaan Keupayaannya.

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *