Cerita Auto

VW Menang WRC 2014 Dengan Jumlah Mata Pemecah Rekod.

Pusingan akhir FIA World Rally Championship (WRC) menyaksikan Volkswagen mencatat rekod baru untuk jumlah kemenangan yang dicipta dalam satu musim.  Pemenang kelapan tahun ini yang baru saja dinobatkan sebagai juara Rally Dunia Sebastian Ogier/Julien Ingrassia (F/F) memberikan pengeluar Wolfsburg-based dengan kemenangan ke12 dari 13 rally musim ini.

WRC-2014_3

 

Ogier/Ingrassia mendahului perlumbaan dengan lebih satu minit pada hari pertama dari 3 hari perlumbaan di Wales dan memberikan mereka kelebihan jarak mata pada hari Sabtu dan Ahad.  Jasri-Matti Latvala/Miikka Anttila (FIN/FIN) menamatkan perlumbaan Rally Great Britain di tempat ke lapan setelah kehilangan masa lebih dari 3 minit kerana kesilapan yang berlaku pada pagi Sabtu.  Situasi yang sangat mencabar di Wales juga menggugat pelumba Volkswagen ke tiga Andreas Mikkelsen/Ola Floene (N/N): Mereka menarik diri pada hari Jumaat dan Ahad.  Namun, kebangkitan mereka pada hari Sabtu menunjukkan bukti apa akan berlaku sekiranya mereka meneruskan perlumbaan pada Jumaat dan Ahad di mana mereka telah menang 5 perlumbaan dan tempat kedua empat kali dalam Sembilan peringkat perlumbaan.

WRC-2014_1

Pusingan akhir bagi tahun ini juga menutup tirainya dengan menjadikan ianya satu musim paling manis bagi Volkswagen.  Beberapa rekod yang tercipta adalah untuk pengeluar Wolfsburg-based untuk tahun 2014.  Kemenangan 12 kali Volkswagen menyaksikan fenomena rekod terdahulu yang dicapai dengan 11 kemenangan yang dipegang oleh Citroen.  Volkswagen juga menyamai rekod kemenangan satu-dua untuk satu musim, yang telah dicapai oleh Peugeot pada tahun 2002.  Volkswagen juga menamatkan kejuaraan Manufactures’s Championship diawal permulaan musim setelah 25 tahun, dan juga menjadi pengeluar kedua dalam sejarah WRC yang meletakkan 3 pelumba utamanya dalam Drivers’ World Championship.  Hanya Lancia berjaya mencapainya sebelum ini – tahun 1987 dan 1988.  Bukan saja pencapaian Volkswagen ini hebat tetapi jug acara mereka memperolehinya: dalam tahun 2014, Ogier, Latvala dan Mikkelsen menambah 197 dari kemungkinan 249 peringkat kemenangan kepada cerita kejayaan Polo R WRC.  Secara total, 23 podium berjaya dimenangi oleh Volkswagen menerusi 13 rally musim ini.  Sejak Polo R WRC menang pertama kali World Rally Championship pada Januari 2013, kemenangan mereka telah meningkat kepada 22 kemenangan dan 41 podium dalam 26 rally.  Pelumba Volkswagen mencapai masa terpantas pada 345 dari 486 peringkat khas sejak 2 musim lalu.

WRC-2014_2

Perlumbaan Rally Great Britain bukan sahaja ‘lagenda Rali’, tetapi juga satu lagenda dalam kelasnya tersendiri.  Hujan dan kabus yang menyelubungi hutan menjadikan ianya perlumbaan yang mencabar yang tidak terdapat di tempat lain dalam kalendar WRC. Keadaan yang berlumpur dan licin menambahkan cabaran dalam peringkat ke 70 kepada pelumba, pemandu kedua dan kereta rali dunia sepertinya

Previous post

Mercedes-Benz Perkenalkan Format Baru Untuk Menamakan Semua Model Mereka.

Next post

Filem Gymkhana Ken Block Terbaru. Yang Ke 7: [Hoonigan] Wild In The Streets Of Los Angeles.

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *