Cerita Auto

Mercedes-Benz Perkenalkan Format Baru Untuk Menamakan Semua Model Mereka.

Mercedes-Benz baru saja mengumumkan bahawa mereka akan merombak penggunaan nama dan tatanama untuk mengenalpasti kenderaan mereka sementara membuat persediaan untuk pelancaran 30 buah model termasuk 11 kenderaan baru sebelum 2020.  Berikutan dengan rancangan model baru mereka, Mercedes berkata perubahan sedang dilakukan selari dengan persiapan untuk memperkenalkan varian rekabentuk badan baru dan sistem “Untuk memberikan nama untuk model adalalh satu tugas yang sukar,” kata mereka.

mercedes_benz_2

Nama baru ini akan mula diperkenalkan tahun depan apabila Mercedes melancarkan samada rekaan semula atau rekaan baru untuk semua crossover dan SUV.

mercedes_benz_3

“’Setelah lebih dari 20 tahun kesinambungan yang melibatkan beberapa nama-nama produk yang paling dikenali dan berjaya di dunia, kini kami membuat sistem tatanama kenderaan lebih mudah difahami,” kata mereka.

mercedes_benz_6

Tatanama baru adalah “mudah, lebih jelas dan sistem yang lebih lojik untuk rekaan siri model kami, dengan matlamat untuk memberikan orientasi yang jelas bagi pelanggan kami,” menurut kenyataan Jens Thiemer, Ketua Pemasaran dan Komunikasi Jenama Mercedes.

Mercedes akan mempunyai 5 model utama – A,B,C, E dan S

Semua siri crossover akan memakai nama GL “bersempena dengan G class,” kata mereka.

mercedes_benz_4

Huruf yang seterusnya akan mengikut saiz kenderaan, sama dengan cara syarikat membezakan model sedan.

  • Model kompak GLA kekalkan namanya dan nama pendek GL A-Class
  • Model kompak GLK akan dinama semula kepada GLC untuk GL C-class
  • Model saiz sederhana M-class menjadi GLE untuk GL E-class
  • Model coupe baru bersaiz sederhana mengikut ML terkini akan ditukar kepada GLE coupe
  • Model GL akan ditukar kepada GLS untuk GL S-class
  • Model G kekal sama.

Kereta empat pintu dengan stail seakan coupe akan memakai nama CL bagi dua huruf pertama kereta itu.  Huruf ketiga akan mengikut saiz model utama.

mercedes_benz_5

Previous post

Audi TFSI Supercharged V-6 Menerima Anugerah Enjin Terbaik Yang Ke-5

Next post

VW Menang WRC 2014 Dengan Jumlah Mata Pemecah Rekod.

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *