Cerita Auto

Volvo V60 Cross Country Didedahkan Di USA

Kereta Volvo akan memamerkan model terbaru V60 Cross Country yang ditunggu-tunggu di Los Angeles Auto Show 2014.  “ Kami amat gembira dengan hasil model ketiga Cross Country dalam senarai produk portfolio kami.  Kejayaan kombinasi gaya dinamik dan keupayaan tahan lasak meletakkan V60 Cross Country dalam kelasnya yang tersendiri,” menurut Lex Kerssemakers, Naib Presiden Kanan Strategi Produk dan Pengurusan Rangkaiandi Volvo Cars.

Warisan

Jenama Cross Country telah menjadi warisan sepanjang zaman.  Volvo Cars merupakan jenama premium pertama yang menawarkan kenaikan dari segi keupayaan dan gaya pada kereta sejak dari tahun 1997 bila ia memperkenalkan V70 Cross Country, mencipta pengalaman baru jenis kereta yang telah menangkap imaginasi peminat automotif.  Mencerminkan warisan Volvo Scandinavian dan cinta pada alam semulajadi dan pengembaraan, V60 Cross Country menggabungkan kedua-dua dunia ini – sporti, berhubungan dan pengalaman pemanduan yang selesa yang bebas untuk menerokai pengembaraan baru.

Volvo-V60_Cross_Country_201601

Keupayaan Sporti

“Dengan badan kereta yang dinaikkan kepada 65mm (2.6 inci) dari tanah berbanding dengan V60, pembinaan Cross Country yang kukuh menawarkan pengawalan yang baik samada di atas jalan atau di luar jalan, digabungkan dengan pengalaman pemanduan sporti yang diperbaharui terimakasih kepada teknologi tork vector dan kawalan cengkaman selekoh.  Kereta V60 Cross Country adalah kereta percutian sebenar – memberikan gaya pengembaraan yang tahan lasak,” kata Lex Kerssemakers.   Menawarkan kereta Cross Country beroda 18” dan 19”, V60 Cross Country datang dengan tayar berprofil tinggi, menambahkan keselesaan dan estetik di luar jalan, mengurangkan bunyi bising di jalan dan proThe V60 Cross Country juga didatangkan dengan Hill Descent Control, yang mengawal kelajuan kereta secara automatik bila memandu di kawasan curam.  FungsiHill Descent Control ini memungkinkan pemandu untuk memberi tumpuan sepenuhnya semasa memandu apabila menuruni jalan berbukit.  Pemandu boleh mengawal kelajuan dengan pedal brek atau pemecut apabila Hill Descent Control dihidupkan.

Volvo-V60_Cross_Country_201605

Rekaan Tahan Lasak Tersendiri

Fokus utama konsep Cross Country adalah ekspresi untuk keupayaan bergerak kemana saja dengan rekaan tahan lasak.  Ia untuk mereka yang hidup gaya aktif, gemarkan pemanduan jalan tidak rata dari jalanraya, dan mengendalikannya dengan mudah.  Ini adalah manifestasi yang diterapkan ke dalam model V60 Cross Country melalui rekaan tahan lasak yang menambah citarasa pengembaraan semulajadi pada kereta itu.  Dengan kenaikan badan kereta dari tanah, plat kelincir depan dan belakang, plat lecet sisi dan penambahan saiz dapra, membuatkan penampilan V60 Cross Country nampak lebih maskulin yang menunjukkan keupayaan semulajadi, sementara tailpipe bersepadu mencerminkan penampilan sporti.  Bagi melengkapkan kemampuan gaya rekaan luaran, kerusi kulit berwarna hitam dengan jahitan khasberwarna coklat boleh didapati dari pelancaran model itu, manakala dua upholstri kulit baru akan ditawarkan pada awal 2015.

Volvo-V60_Cross_Country_201604

 Kuasa pacuan

US dan Kanada, Negara pertama menerima kereta V60 Cross Country dan mereka akan melancarkan enjin Volvo lima-silinder 250hp dengan pacuan empat roda digabungkan dengan transmisi automatik yang memberikan kompetetif tinggi 23mpg.

Kuasa E-Pemanduan

V60 Cross Country dengan kuasaenjin diesel dan petrol Volvo empat-silinder E-Pemanduan yang mendahului kelasnya akan berada dipasaran global seawal 2015. Ia akan menjadi asas untuk varian pemanduan pacuan depan sementara kuasa lima-silinder D4 akan memberikan kuasa varian 4 pacuan roda.

Volvo-V60_Cross_Country_201603

 

Previous post

Steering Hybrid Porsche 919 Di Perjelaskan

Next post

Jaguar F-Type Coupe Sports Car Di Lancarkan Di Malaysia.

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *