Berita Auto

Peniaga Proton Di Johor Mulakan Rancangan Transformasi Proton Seluruh Negara.

Sebagai sebahagian daripada usaha agresif latihan transformasi yang berterusan di seluruh negara untuk meningkatkan pusat-pusat perkhidmatan dan meningkatkan kemudahan dan perkhidmatan rangkaiannya, PROTON Holdings Bhd (PROTON) hari ini mengadakan majlis simbolik dan merasmikan wajah baru di Pasir Gudang, antara outlet perkhidmatan 3S terbesar di Malaysia.

Pusat ini dikenali sebagai Kulis Auto Sdn Bhd adalah pengeluar PROTON yang sah sejak Sembilan tahun yang lalu.Dengan kos pembinaan awal sebanyak RM5 juta, Pusat Perkhidmatan 3S telah memberi perkhidmatan kepada pelanggan di Johor Bahru (JB) dan juga kawasan-kawasan sekitar seperti Kota Tinggi, Plentong, Johor Jaya, Masai dan Ulu Tiram.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar Sdn Bhd, Encik Mohd Norzahid Zahudi berkata Pusat Perkhidmatan 3S membolehkan syarikat untuk memanfaatkan permintaan yang semakin meningkat untuk kereta Proton di Johor. Fasiliti yang terletak di tapak 2.0 ekar mempunyai kemudahan ruang dengan fasiliti ruang rehat pelanggan, bilik mesyuarat, Astro dan WIFI percuma internet berkelajuan tinggi selain pusat perkhidmatan yang dilengkapi lapan petak servis dan kapasiti untuk menyelenggara sehingga 15 buah kereta sehari.

“Tahun lepas sahaja, pasaran kereta proton telah berkembang kepada 14% bagi negeri ini.  Setakat ini bagi tahun 2014, kami telah melihat pertambahan dalam permintaan terhadap jenama Proton, setanding dengan jenama lain,” katanya.

Dalam acara itu, Pusat Khidmat PROTON 3S memperlihatkan logo baru PROTON dari penjenamaan semula yang dijalankan pada 2013.  CEO baru PROTON Edar, En. Norzahid Mohd Zahudi, telah diberikan tugas untuk memastikan semua outlet PROTON yang sah membuat perubahan yang diperlukan untuk menjaga penampilan jenama secara konsisten.  Ini adalah sebahagian dari usaha rancangan transformasi pengeluar automatif Negara yang juga telah menyaksikan terbaru kenaikan taraf outlet khidmat 4S di Sungai Petani, Kedah.  Semua outlet PROTON yang lain kini sedang melaksanakan inisiatif ini di seluruh Negara.

Bersempena dengan acara itu, dua buah unit Iriz akan dipersembahkan kepada pemiliknya.  Untuk menambahkan keseronokkan bagi warga Johor, PROTON buat masa ini menawarkan pakej promosi khas untuk pelanggan yang dikenali sebagai “My PROTON Family’ yang membolehkan pemilik Proton untuk membeli kereta Proton lain dengan diskaun 5%.  Selain itu, semua kereta baru datang dengan 3 tahun servis percuma dan hingga 5 tahun waranti percuma.

Menurut En. Norzahid, PROTON menghargai sokongan pelanggan setia mereka dan mahu menunjukkan penghargaan mereka dengan memberikan keistimewaan ini. “Tawaran ini juga diperluaskan kepada keluarga pemilik kereta Proton. Ini bermakna pemilik kereta Proton seterusnya tidak semestinya perlu didaftarkan di bawah nama pelanggan yang sudah memilikki kereta Proton,” katanya lagi. Setakat ini PROTON mempunyai 270 buah outlet di seluruh Negara dengan 16 outlet yang telah dinaiktaraf kepada pusat 4S.  Sebagai permulaan, sebanyak 47 outlet telah mula membuka pusat khidmat mereka setiap hari bermula 10 Oktober 2014, sementara yang lain akan melaksanakannya menjelang Januari 2015.

Pelanggan adalah dinasihatkan untuk menghubungi PROTON We-Care di talian 1-800-888-398 untuk maklumat lanjut tentang pusat servis terdekat yang menyertai acara ini atau layari www.proton.com untuk mendapatkan senarai penyertaan pusat servis.  Dijangkakan ramai pelanggan akan mengunjungi pusat khidmat di kawasan tertentu, maka pelanggan dinasihatkan supaya membuat temujanji terlebih dahulu.

Proton-Exora-Bold-2

Previous post

Cabaran Subaru 2014 - The Asian Faceoff

Next post

Konsep VW Golf R400 Disahkan Untuk Pengeluaran

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *