Cerita Auto

Cabaran Subaru 2014 – The Asian Faceoff

Lebih dari 72 jam sebelum bermulanya The MediaCorp Cabaran Subaru 2014 –The Asian Face-Off, 13 peserta – 7 dari Singapura dan 6 dari rantau Asia- kekal dalam merebut hadiah utama sebuah kereta Subaru. Peserta dapat menikmati 36 jam dengan langit yang cerah dan suhu rendah sebelum melalui hujan lebat pagi ini yang berterusan selama 2 jam.

Antara peserta akhir yang telah menunjukkan komitmen & keazaman yang teguh untuk menang ialah Analiza Binte Mokthar, 36 tahun.  Beliau adalah satu satunya peserta wanita yang masih bersaing dalam pertandingan ini.  Ini adalah pertandingan kali kelapan Analiza dan beliau telah berjaya mencapai kedudukan yang membanggakan bagi tahun lalu dengan masa terbaik beliau 70 jam, 30 minit.

Di antara 13 peserta, tujuh dari Singapura.  Enam peserta dari rantau Asia juga menjadi pesaing yang kuat dalam merebut kereta Subaru dengan Vietnam dan Filipina seri dihadapan dengan 2 pesaing masih bertarung.  Empat dari 6 peserta yang masih bersaing, 2 mewakili Vietnam manakala 2 lagi dari Filipina dan Malaysia adalah pesaing yang kembali tahun ini dengan membawa harapan untuk menempa kejayaan pada edisi tahun ini.

Untuk menandakan tahun ke-13, buat pertama kalinya, orang ramai mempunyai peluang untuk memenangi masa tambahan untuk rakan rakan atau ahli keluarga yang bertanding dalam acara tersebut dengan bermain online game khas. 10 yang mengutip mata tertinggi permainan di papan skor akan menerima 5 minit masa rehat tambahan untuk peserta yang mereka sokong.  Papan skor akan reset setiap kali masa rehat dan pertandingan untuk orang ramai akan tamat sebaik saja sampai ke peserta ke11.

Sebagai tambahan untuk kelayakan merebut hadiah utama kereta Subaru, peserta dari rantau Asia juga boleh bertanding untuk gelaran tambahan dan wang tunai.  Gelaran ‘Country Winner’ dan wang tunai S$1,000 akan dianugerahkan kepada peserta akhir yang mewakili setiap Negara yang bertanding.  Peserta terakhir rantau Asia akan memenangi gelaran ‘Asian Winner’ dan menerima tambahan wang tunai S$5,000.  Negara atau rantau dimana pesertanya mempunyai kombinasi masa paling lama, akan menerima  gelaran ‘Country Team Winner’ berserta wang tunai S&10,000 yang perlu dibahagi sama rata dengan ahli kumpulan.

Subaru-Pic3

Previous post

Tawaran Hebat Tahunan Toyota Bermula Sekarang

Next post

Peniaga Proton Di Johor Mulakan Rancangan Transformasi Proton Seluruh Negara.

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *