Gaya Hidup

Dah Berjaya. Dah Kaya. Dah Berusia. Untuk Mu, Mercedes-Maybach S-Class, Di Pasaran Februari 2015.

Ingatkah lagi dengan Maybach? Divisyen kereta mewah Mercedes? Setlah lama tidak muncul, kini ia kembali dan Mercedes-Benz telah mendedahkan jenama baru Mercedes-Maybach S-Class di Los Angeles Auto Show baru-baru ini.

Mercedes-Maybach-S-Class-9

Kereta mewah baru Jerman ini telah berkembang dari segi dimensi iaitu 200mm kepada 5453mm dan mempunyai jarak roda baru 3365mm baru berbanding S-Class biasa menjadikannya sebuah limosin sebenar.

Mercedes-Maybach-S-Class-13

Dari reka bentuk luarana, Mercedes-Maybach S-Class 2015 boleh dibezakan oleh beberapa modifikasi tidak ketara yang dibuat pada gril depan.  Sebagai tambahan, anda akan dapat melihat logo dan perkataan ‘Maybach’ dan pintu belakang yang pendek dengan perubahan letakan C pillar.

Mercedes-Maybach-S-Class-10

Rekaan kokpit diberikan keluasan ruang kaki untuk penumpang belakang dengan tempat duduk mewah yang membawakan perjalanan kelas pertama untuk model sedan.

Mercedes-Maybach-S-Class-4

Mercedes-Maybach S-Class baru ini juga sebuah kereta paling        senyap di dunia, terima kasih kepada penutupan khas yang dibuat untuk mengoptimiskan penebatan kebisingan dalam kereta.

Mercedes-Maybach-S-Class-11

Di bawah bonnet, model ini datang dengan enjin turbo berkembar V12 6.0 liter pada 530 kuasa kuda dan tork 830Nm.

Mercedes-Maybach-S-Class-2

Sebagai tambahan, Mercedes juga akan menawarkan versi S500 dengan unit bi-turbo V8 4.2 liter yang mampu memberikan 455 kuasa kuda dan tork 700Nm.  Mercedes-Maybach S-Class baru ini dijadualkan berada di pasaran pada bulan Febuari 2015.

Mercedes-Maybach-S-Class-3

Previous post

Honda CIVIC Diperbaharui Telah Tiba

Next post

Sah dan diluluskan! Audi Q8! Nak lawan BMW X6.

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *