Cerita Auto

Mercedes-Benz GLA Di Pasaran Dengan Harga RM238,888

WP_20141107_23_03_38_ProMercedes-Benz Malaysia dengan banggannya memperkenalkan model terbaru mereka GLA, kenderaan pertama bagi segmen SUV kompak yang semakin pesat dibangunkan.  Rekaannya sporti dan dinamik dan bercirikan sistem pemanduan termoden dan keselesaan dan keselamatan Mercedes-Benz yang unik.

WP_20141107_22_54_15_ProDengan lima siri model diperkenalkan iaitu GLA, GLK,ML dan G, syarikat menawarkan rangkaian kenderaan terbesar dari mana mana pengeluar kenderaan premium Eropah dan menepati setiap kehendak mobility pelanggan.

WP_20141107_22_55_42_ProSebagai teman seharian, GLA mempunyai rekaan dalaman yang fleksibel dan berbagai.  Tempat duduk belakang bukan saja boleh dilipat sepenuhnya malah boleh dilaraskan kepada mana mana sudut yang diperlukan. Kompatmen (421-1235 liter) mudah untuk mengisi muatan kerana sil yang rendah dan pintu but yang lebar yang boleh dibuka dan ditutup secara automatik sebagai pilihan.

WP_20141107_23_00_14_ProStruktur badan kereta yang tegar menjadi asas untuk memberikan rangkaian aplikasi yang luas.  Maka rangkaian kuasa enjin petrol 1.6 dan 2.0 liter akan bertambah dari 115kW (156hp) bagi GLA 200 kepada 155kW (211hp) bagi GLA 250.  Kesemua ciri enjin mempunyai fungsi mula/henti ECO.

Mercedes-Benz-GLA-250-4MATIC-11Dua model boleh didapati di Malaysia iaitu “Urban” untuk GLA 200 dan “AMG Line” dengan pakej ‘malam’ untuk GLA 250.  Model GLA 250 juga boleh didapati dengan generasi baru pacuan empat roda 4MATIC menampilkan pelbagai pengeluaran kilasan sepenuhnya.

Mercedes-Benz-GLA-250-4MATIC-12Rekaan : Kualiti dan Jaminan-diri

Ekspresi kemewahan dan moden menjadi fokus utama pereka dan menjadi filosofi rekaan Mercedes-Benz.  Matlamatnya adalah untuk menghasilkan kontur yang jelas dan permukaan yang halus yang menghubungkan teknologi tinggi yang sofistikated dan juga penampilan tersendiri.  Kejelasan sensual tercermin dalam nilai-nilai teras reka bentuk tradisi, emosi dan kemajuan. Ini adalah prinsip panduan, menonjolkanperbezaan yang bergantung kepada modelnya. Mercedes-Benz mencipta jambatan antara kemodenan dan avant-garde, antara tradisi dan progresif.  Setiap model mempunyai peranan dan karektor yang tersendiri mengikut lambang yang difokuskan pada model tersebut.  Namum sebuah Mercedes-Benz akan sentiasa dikenali sebagai Mercedes-Benz.  Ini kerana untuk menambahkan gaya baru dan mengekalkan tradisi, pereka menggunakan ciri ciri gaya asal jenama.

Mercedes-Benz-GLA-250-4MATIC-13Badan kereta yang ditinggikan dan ambang roda yang lebar memberikan penampilan yang menarik untuk model GLA.  Permukaan yang jelas yang dilengkapi dengan garis-garis tajam yang memberikan definisi dan ketepatan, mengubah kontur pahatan badan kenderaan yang sensitif dicipta dan kehalusan yang dramatik.

Mercedes-Benz-GLA-250-4MATIC-14Rekaan dalaman : Ciri-ciri rekaan menarik dan berkualiti tinggi

Penampilan rekaan luaran yang muskular dan tersergam juga disuntik ke dalam rekaan dalamannya. Ia mempunyai citarasa kualiti tinggi yang telah dapat dicapai dengan kontur, pilihan dan kombinasi bahan yang berkualiti tinggi.  Keutamaan pada garisan horizontal, rekaan yang dinamik dan ciri ciri rekaan yang sangat menarik adalah lambang berkualiti tinggi model ini.  Begitu juga dengan ketepatan pada dimensi sendi dan jurang.

Mercedes-Benz-GLA-250-4MATIC-17GLA akan menjadi siri model peneraju dalam segmennya kerana keupayaan aerodinamiknya.  Ia mempunyai nilai Cd 0.29. Pada 0.66 m2 , ‘kawasan seret’, Cd x A, memberi impak tinggi untuk penjimatan penggunaan bahan api dari 60km sejam, adalah kadar yang tinggi.

Mercedes-GLA_3

Ciri-ciri aliran udara yang baik, merupakan faktor utama yang menyumbang kepada penggunaan bahan api kenderaan yang rendah dalam keadaan seharian, hasil dari beberapa langkah pengoptimuman aerodinamik.

Mercedes-Benz-GLA-250-4MATIC-18 (1)

Panel bawah badan kereta yag luas, tambahan panel di ruang tengah gandar belakang dan penyenyap belakang aerodinamik yang dioptimumkan diikuti dengan difusor meningkatkan aliran udara di bawah badan kereta.

Mercedes-Benz-GLA-250-4MATIC-20Pelbagai langkah juga telah diambil untuk mengurangkan bunyi angin dalam GLA. Ini termasuk pelbagai peringkat konsep pintu kedap, pengedap tambahan antara pintu belakang dan bumbung dan pengedap pada sisi pintu belakang.

Mercedes-Benz-GLA-250-4MATIC-21

Enjin dan Transmisi: Satu Ekspresi aspirasi dinamik peneraju

Enjin empat-silinder yang moden dengan turbocharging dan direct injection, dan juga fungsi mula/henti ECO adalah dasar untuk menjadikannya keupayaan yang hebat.  GLA-Class baru juga meneraju dalam segmennya dengan rekabentuk prestasi yang dinamik.

Mercedes-Benz-GLA-250-4MATIC-23Model GLA yang kompak memberi interpretasi konsep moden yang baru kerana model ini kurang panjang dan lebih tinggi dari SUV sebelumnya dan ini menepati dengan gaya hidup urban seharian.  Dalam masa yang sama, pilihan pacuan empat roda  4MATIC, struktur badan yang teguh dan konsep rekaan dalaman yang pelbagai menjanjikan keseronokan rekreasi. Moto: lari dari rutin harian.  Kawasan lasak – tepi pantai, tanah tidak berturap dan cerun – semua ini tidak menjadi masalah pada model GLA.

Mercedes-Benz-GLA-250-4MATIC-24Mercedes-Benz menawarkan GLA 250 dengan generasi baru pacuan empat roda 4MATIC dengan pengeluaran pelbagai kilasan sepenuhnya.  Sistem pacuan empat roda berdaya cemerlang dengan daya tarikan yang tinggi dan ketangkasan yang luarbiasa digabungkan dengan pemanduan superlative dan kecekapan tenaga.

Mercedes-Benz-GLA45_AMG_2015_800x600_wallpaper_03Keyakinan pemanduan di luar jalan

Model 4MATIC dilengkapi dengan DSR (Downhill Speed Regulation) dan transmisi mode luar jalan yang asas.  DSR dihidupkan dengan kawalan butang pada konsol tengah dan disokong dengan kawalan pemandu semasa penurunan jalan cerun dengan kekalkan perlahan, secara manual memilih kelajuan kereta pada limit fizikal bila menganggarkan kecerunan.  Ini terhasil dengan sokongan sistem kawalan enjin dan transmisi dan keberkesanan brek

Mercedes-Benz-GLA-250-4MATIC-25

Keselamatan pintar : sistem sokongan yang maju

Sistem sokongan pemanduan yang pelbagai menawarkan sokongan pada GLA dan mengurangkan beban pemandu.  Ciri asas untuk SUV termasuk ATTENTION ASSIST drowsiness detection dan radar-based COLLISION PREVENTION ASSIST PLUS dengan bantuan brek adaptif yang kini membantu mengelakkan pelanggaran dari kelajuan serendah 7kk sejam.

Mercedes-Benz-GLA-250-4MATIC-26

Bantuan parkir aktif memberikan parkir secara automatik yang selari dan ruang parkir end-on boleh didapati pada kedua rangkaian sementara Adaptive Highbeam Assist boleh didapati pada model GLA 250.

Mercedes-Benz-GLA-250-4MATIC-28Data model GLA-Class baru:

Model GLA 200 (CBU) GLA 250 4MATIC (CBU)
Bilangan cylinder/arrangement 4 in-line 4 in-line
Displacement (cc) 1595 1991
Kuasa (kW/hp at rpm) 115/156 at 5300 155/211 at 5500
Torque (Nm at rpm) 250 at 1250-4000 350 at 1200-4000
Kegunaan Bahan Api (l/100 km) 5.9 6.5
Emisi CO2 (g/km) 137 151
Pecutan 0-100 km/h (s) 8.9 7.1
Kelajuaan (km/h) 215 230
Harga (Tanpa Insurans) RM 238,888 RM 268,888

Untuk maklumat lanjut, sila layari  www.mercedes-benz.com.my Mercedes-Benz-GLA-200-1

Mercedes-Benz-GLA-200-2

mercedes-benz_gla-1

Mercedes-Benz-GLA-200-3                     x

Previous post

Kelayakan F1 Brazil 2014.

Next post

MotoGP 2014, Marc Marquez Menang Melebehi Rekod Mike Doohan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *