Berita Auto

Volkswagen Malaysia Komited Sepenuhnya Untuk Mentakrif Semua Pengalaman Pemilikan

Volkswagen Malaysia hari ini mengukuhkan lagi komitmennya untuk mentakrifkan semula pengalaman pemilikan dan melancarkan beberapa tindakan perkhidmatan yang melepasi penanda arasnya sendiri dalam perkhidmatan selepas jualan.  Tambahan lagi, Volkswagen Malaysia juga mengumumkan penyelesaian Kempen Perkhidmatan Sukarela terhadap mechatronic up-grade dan penukaran minyak untuk transmisi DSG (DQ 200) dan memberi jaminan bahawa semua kereta baru tidak terjejas oleh isu transmisi terdahulu.

VW_abt_beetle_cabrio_1

Mr. Armin Keller, Pengarah Urusan Volkswagen Malaysia berkata, “Kami dalam proses memahami selok belok perniagaan di Malaysia.  Kami telah bntangkan strategi kamai dan kami menjangkakan transformasi positif dalam perniagaan kami.  Kami telah mempertingkatkan cabaran untuk menaikkan kapisiti, melabur dalam sumber tenaga dan mengkaji semula cara kami beroperasi di Malaysia. Beberapa tindakan telah diambil dan matlamat utama kami adalah memastikan kepuasan pelanggan dan kami amat percaya ini akan membuka jalan kepada pertumbuhan pasaran di masa depan.

VW-Golf-DSG1

Transformasi strategi bagi VGM

Dengan tim pengurusan kanan yang baru, Volkswagen Malaysia akan mencartakan perancangan baru untuk mengukuhkan kehadirannya di pasaran dengan mengukuhkan portfolio produk dan membuat pembaharuan dalam operasi yang sedia ada dengan tumpuan khas kepada peningkatan pengalaman pemilikan, khasnya dalam perkhidmatan selepas jualan.

VW_abt_beetle_cabrio_21

Menyediakan maklumat terkini mengenai Kempen Perkhidmatan Sukarela untuk DSG (DQ 200), Encik Armin Keller berkata, ‘Kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami pelanggan kami kerana isu DSG (DQ200).  Hari ini kami gembira untuk berkongsi bahawa semua model Volkswagen di pasaran sekarang tidak terjejas oleh DSG (DQ200) terdahulu.  Melangkah ke hadapan, sebagai peneraju dalam inovasi automotif, kita akan terus berusaha ke hadapan dan membawa teknologi inovatif dan produk untuk menawarkan yang terbaik kepada rakyat Malaysia. Langkah seterusnya, sebagai peneraju dalam inovasi automotif, kami akan terus berusaha untuk maju ke hadapan dan membawa teknologi dan produk yang inovatif untuk menawarkan yang terbaik kepada rakyat Malaysia. ‘

Dalam usaha untuk menetapkan satu penanda aras baru dalam industri automotif di Malaysia, Volkswagen telah memulakan beberapa program  untuk mentakrifkan semula pengalaman pemilikan. Ini termasuk tindakan transformasi seperti berikut:

  • Meningkatkan kecemrlangan perkhidmatan selepas jualan
  • Program eksklusif bagi pengumuman penarikan semula Beetle Torsion Crank Axle, bermula dengan komunikasi yang proaktif terhadap pelanggan dan khidmat ‘dari pintu ke pintu’ untuk pelanggan yang terkena kesannya.
  • 10 pakar Volkswagen dari German di pusat jualan di Malaysia
  • Memperbaiki kecekapan perkhidmatan selepas jualan
  • Meningkatkan kapisiti perkhidmatan kepada 30%
  • Mencapai pesanan dan penghantaran untuk setiap hari.
  • 100 pekerja teknikal untuk memperbaiki kualiti perkhidmatan.

Selain itu, Volkswagen Malaysia akan terus melabur dalam latihan dan pembangunan juruteknik di semua pengedar yang sah untuk meningkatkan pengalaman perkhidmatan selepas jualan dan membangunkan pakar-pakar tempatan yang akan menggerakkan automotif Malaysia ke peringkat tinggi.

‘Malaysia merupakan pasaran yang penting bagi perniagaan kami. Inisiatif baru kami yang mengutamakan kepuasan pelanggan hingga selepas penjualan dapat membina hubungan yang kukuh dengan pelanggan di Malaysia dan memastikan pertumbuhan yang berterusan dan meningkatkan kepuasan pelanggan di Malaysia.” Mr. Armin Keller membuat kesimpulan.

VW-TSI-engines1

 

Previous post

Ford Melabur Dalam Teknologi Cleaner Diesel Engine

Next post

Pertandingan Akhir Lukisan Toyota Dream Car Di Tokyo Jepun

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *