Cerita Auto

Mercedez-Benz C 250 AMG Bermula Dari RM339,888.00

Mercedez-Benz Malaysia baru saja mengumumkan pengeluaran C 250 Mercedez-Benz dengan aksesori AMG yang menawarkan pilihan yang luas kepada pelanggan  dari segi rekaannya yang progresif dan peralatan sebagai tambahan kepada rangkaian AVANTGARDE dan EKSKLUSIF.

Mercedes-C-250-AMG-Line-3

Aksesori AMG menawarkan C 250 baru yang memperlihatkan penampilan yang sporti dan mengagumkan, dengan ciri-ciri rekabentuk badan AMG, roda aloi 18inci 5-ruji dan suspensi sporti yang rendah iaitu 15 mm. Ciri-ciri kenderaannya yang dinamik diserlahkan dengan rekabentuk AMG yang menarik.  Ini termasuk apron depan AMG mendapat rekaan A-wing dengan pemisah depan dan A-wing trim strip dalam matt iridium silver, panel sil sisi AMG dan apron belakang AMG dengan sirip tiga difuser. Suspensi sporti digabungkan dengan ratio stereng secara langsung bagi mendapatkan ciri sporti yang maksimum.

Mercedes-Benz-C-Class_2015_1024x768_wallpaper_45

C 250 AMG yang baru juga didatangkan dengan sistem lampu pintar LED dibantu highbeam adaptif. Ini memungkinkan pemanduan dengan highbeam tetap dan buat kali pertamanya dapat mengesan pengguna jalanraya dalam bentuk kon cahaya. Hasilnya, jarak lampu depan yang terbaik sedia ada untuk pemandu. Fungsi ini aktif dari kelajuan 30km sejam di jalanraya tanpa cahaya dari lampu jalan.

Sebagai tambahan, C 250 AMG akan memaparkan COMAND Online, sistem kawalan dan paparan dengan pemain DVD, radio dan fail audio termampat 10 GB memori (MP3, wma, aac, wav) dan fail video (mpeg, avi hingga 720p). Dengan pengunaan COMAND Online, informasi akan ditunjukkan pada skrin warna resolusi tinggi 21.3cm atau 8.4 inci dengan padsentuh yang mudah digunakan.

Mercedes-Benz-C-Class_2015_1024x768_wallpaper_401

C 250 AMG akan dilengkapi dengan Burmester, sistem bunyi surround yang menggerakkan 13 speaker berprestasi tinggi yang dikonfigurasikan khusus untuk kenderaan ini dengan jumlah output sistem sebanyak 590 watt.  Ia akan membawakan suasana dewan konsert dalam kerete saloon ini.

Dengan bumbung matahari panoramik gelongsor elektrik, cahaya akan masuk ke dalam lebih banyak bagi pelanggan yang sukakan matahari.   Kawasan lut sinar luas membawakan konsep terbuka, dilengkapkan oleh sistem bidai cahaya praktikal.  Bumbung matahari panoramik ini mempunyai pelbagai fungsi bagi keselesaan perjalanan bertahap tinggi.   Pada kedudukan terbuka, bumbung kaca secara automatik boleh melaraskan dalam 3 peringkat untuk disesuaikan kepada kelajuan kenderaan ketika itu. Bumbung kaca itu akan rendah pada kelajuan tinggi, mengurangkan tahap kebisingan dan peredaran udara dalam kereta. Sebaliknya, ia akan naik sendiri pada kelajuan rendah.  Bumbung matahari panaromik ini juga secara automatik akan respon pada hujan: apabila ia terbuka, secara automatik ia akan gerak naik ke posisi yang  menghalang air hujan dari masuk ke dalam kereta. C 250 AMG (CBU) baru ini boleh dioder pada harga RM339,888.00 (OTR tanpa insuran)

Mercedes-Benz-C-Class_2015_1024x768_wallpaper_42

 

Previous post

Renault Akan Keluarkan Lebih Kereta ‘Beremosi’

Next post

Volvo V40 Baru Akan Datang 2016 &  XC40 Baru Akan Datang 2018

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *