Cerita Auto

RM149,888 Harga Pra-Pelancaran Ford Fiesta ST

Ford hari ini mengumumkan bahawa Fiesta ST akan ditawarkan pada harga RM149,888 seunit. Tempahan pra-pelancarannya pula dibuka pada acara Asia Klasika kali ke-5 yang berlangsung dari 31 Oktober – 2 November di Pullman Putrajaya Lakeside Resort.

Di gerai pameran Ford, sesi pandu uji Fiesta ST terbuka kepada para pengunjung. Para pengunjung juga dijemput membuat tempahan pra-pelancaran atau mendaftar untuk menyertai sesi pandu uji ‘Fiesta ST Xperience’ yang akan diadakan tidak lama lagi. Tiga buah model klasik Ford Mustang turut dipamerkan, sekali gus menyerlahkan warisan Ford dalam menghasilkan kereta-kereta sports berprestasi tinggi.

Bakal menjengah bilik-bilik pameran Ford bulan depan, Fiesta ST yang sarat dengan pelbagai ciri itu akan didatangkan dalam tiga warna sporty – oren (Molten Orange), biru (Spirit Blue) dan hitam (Panther Black).

“Pengenalan Fiesta ST akan menawarkan anjakan yang dinamik dan berprestasi tinggi kepada rangkaian model Ford yang kian berkembang di Malaysia,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran Ford Motor Company, Malaysia, Veemala Rethinasamy.

Fiesta ST dijana oleh unit enjin EcoBoost 1.6 liter berkuasa 182PS dan tork 240Nm yang mampu mencatat pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 6.9 saat.

Dengan kelajuan maksimum 220km/j, Fiesta ST menawarkan rangkaian kuasa yang fokus kepada pemandu, selain suspensi, stereng dan brek yang ditala dengan tepat. Beratnya yang tidak melebihi 1,200kg juga memberikan pengalaman pemanduan Fiesta yang terbaik.

Sejak awal tahun 2013, Ford Fiesta ST telah memenangi 22 anugerah dan menerima pengiktirafan di seluruh dunia. Antara pencapaiannya termasuklah dipilih sebagai kereta terbaik UK (Car of the Year UK) oleh majalah BBC TopGear, Sports Car of the Year (Perancis) oleh majalah Echappement dan terbaharu, Automobile Magazine All-Star (US) 2014.

New Fiesta ST set to arrive next month

Untuk maklumat lanjut mengenai Ford Fiesta ST baharu dan acara pandu uji ‘Fiesta ST Xperience’, sila layari laman web: www.ford.com.my.

Previous post

Boss BMW Motorsport Beri Petunjuk Kereta 'M' Pacuan 4 Roda Dalam Perancangan

Next post

Throwback 2012. Kereta Lembu.

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *