Cerita Auto

Kereta Kompak Proton P2-30A ‘Iriz’. Pandangan Awal.

Kami telah dijemput oleh pihak pengurusan Proton untuk mendapatkan pandangan awal kami terhadap kereta kompak baru ini di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Proton di Shah Alam. Dibina dengan standard yang paling tinggi bagi mencapai pengiktirafan keselamatan ASEAN 5-Bintang, Proton baru baru ini telah memenuhi kesemua standard keselamatan untuk memenuhi kehendak pasaran global dan juga pembeli kereta Malaysia yang sekarang ini semakin matang.

Boot-Space-600x398 

Kereta kompak ini adalah hasil 2-tahun perancangan sejak  ‘kereta kecil Global’ ini mula mula dicadangkan di Paris Motor Show empat tahun lalu. Kereta baru ini  telah direka dengan bantuan Ital Design dan pereka dalaman Proton.

Option-Beauty-Shot-600x400

Program eksport kereta ini termasuk pasaran baru kerana ianya telah diuji secara meluas di Sweden Utara dalam keadaan yang agak keras.

Full-Side-1-600x134

Di majlis pelancarannya nanti yakni pada 25 September, 2014, tujuh warna akan diperkenalkan termasuk dua warna baru; Citrus Green (seperti yang anda digambarkan di sini) dan Silver Moondust.

Full-Side-600x196

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, ciri-ciri keselamatan telah dimasukkan untuk menangani keperluan global. Proton kompak ini dilengkapi dengan ‘Hill-hold assist’, brek ABS, ESC, Traction Control, Brake Assist dan EBD.  Keselamatn Passive tidak di lupakan berserta ISOFIX tempat duduk belakang.

Full-Rear-600x245

Keselamatan kereta juga sangat penting dan Proton telah memasang sistem keselamatan yang diluluskan ‘Thatcham’ untuk mengurangkan atau menghalang kecurian kereta dan memberikan pemilik ketenangan jiwa.

Full-Front-600x304

Sistem ‘stereng kuasa elektrik’ yang digunakan akan mengurangkan penggunaan bahan api sebanyak 5% dan memberi rasa yang lebih baik dan sudah tentu mengurangkan keberatan purata kereta. Brek adalah cakera 14 -inci pengudaraan depan dan dram 8-inci di belakang. Lampu depan jenis projektor menawarkan pemanduan malam yang hebat dan ‘daytime running lights’ dengan model premium dan lampu belakang LED.

folding-rear-600x400

Terdapat sensor Gostan dan kamera Gostan untuk model ‘high spec’. Walau pun Proton ini dianggap kereta kompak tetapi dimensinya menunjukkan ianya mempunyai lebih banyak ruang berbanding dengan kebanyakan pesaingnya. Panjang adalah 3905mm, lebar 1720mm dan tinggi 1550mm. Jarak roda belakang lebih luas daripada hadapan membolehkan lebih banyak kabin dan bilik bagasi. Terdapat pelbagai fungsi stereng dan tempat letak botol air di panel pintu belakang.

A-Pillar-Look-600x399

Versi utama kereta ini akan disajikan dengan enjin Proton VTT 1.6 liter yang menghasilkan 107bhp @ 5750rpm dan 150Nm @ 3750rpm. Maklumat lanjut akan didedahkan dalam beberapa hari saja lagi.

0014-1-1

Previous post

Mazda MX-5 Model 2015 Diumumkan Di Peringkat Global

Next post

Lotus Elise S Cup. Elise Paling Hardcore.

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *