Gaya Hidup

Jam dari Apple. Adakah Ianya Satu Keperluan Untuk Pemandu?

Apple baru sahaja mengumumkan Apple Watch, jam tangannya yang dinanti-nantikan. Anggun, skrin sentuh bujur, jam pintar yang berfungsi sebagai lanjutan iPhone. Ia boleh didapati dalam tiga warna logam termasuk kuning atau emas. Di pasaran awal 2015. Apple Watch mengingatkan kita kepada jam tangan Ikepod yang direka oleh Marc Newson dengan, bentuk bujur bulatnya sama seperti Ikepod Manatee. Butang dan strap tali getahnya sama dengan reka bentuk Ikepod Newson. Ia dimuatkan dengan banyak ciri-ciri kebiasaan seperti mel dan mesej. Ada juga aplikasi kesihatan dan dompet mudah alihnya. Dan yang paling menarik, Apple juga memperkenalkan versi Emas 18k.

Apple-Watch-Quilterd-leather-band-thumb-660x355-23761Apple-Watch-soldier-thumb-660x363-23763

Apple Watch telah direka untuk menawarkan pelbagai fungsi, dari aplikasi gaya hidup, navigasi sehingga ke proses pembayaran. “User Friendliness” memang trademark Apple oleh itu taklah mengejutkan jika mereka mengatakan yang mereka telah berusaha lebih dari biasa untuk memastikan Apple Watch ini mudah digunakan walaupun untuk pelanggan baru.

Apple-Watch-side-view-thumb-660x358-23765Apple-Watch-Elastic-band-thumb-660x384-23753

Interfacenya termasuk pengenalan suara dan sistem arahan Siri Apple. Ini bermakna anda boleh bercakap dengan Apple Watch di samping memasukkan maklumat melalui skrin. Apple telah mempamerkan banyak cara cara intuitif mereka untuk memasukan maklumat dan mendapatkan notifikasi, dan juga berkongsi apa yang anda lihat di sekeliling anda dengan mudah dengan menggunakan Apple Watch sebagai alat kawalan jauh untuk kamera iPhone anda. Contoh lain adalah ciri dail cepat yang mempunyai gambar-gambar rakan-rakan / kenalan anda pada skrin dan anda hanya perlu menyentuh gambar mereka untuk memanggil mereka.

Apple-Watch-detail-view-thumb-660x365-23767Apple-Watch-profile-thumb-660x383-23769

Jadi, adakah ianya satu keperluan untuk pemandu? Oh … yah.

 

Previous post

Mercedes Benz Memperkenalkan AMG GT Supercar

Next post

Suzuki Swift 1.2L Dapat Enjin Dualjet Baru Untuk Segmen Penjimatan Bahan Api Terbaik

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *