Cerita Auto

CHEVROLET MALIBU LTZ Sekarang Di Malaysia Dari RM153,888.00

NAZA Quest Sdn Bhd, pengedar rasmi kereta Chevrolet di Malaysia, melancarkan sedan eksekutif Chevrolet Malibu LTZ. The Malibu adalah kereta ikonik bagi Chevrolet. Ia mula mencipta nama lima puluh tahun yang lalu.

Chevrolet D-segmen ini mengunakan enjin DCVCP (Dual Continuous Variable Cam Phasing) 2.4-litre Ecotec. Maximum 165hp / 5,800rpm and 225Nm torque / 4,600rpm.

Chevrolet-Malibu_2013_800x600_wallpaper_2a-600x413

Enjin Ecotec pacuan roda hadapan dengan enam kelajuan transmisi automatik serba baru dengan mode peralihan manual untuk menyampaikan pertukaran gear lebih lancar dan meningkatkan lagi pengjimatan bahan api tanpa menjejaskan driveability.

Seperti sport sedan yang sebenarnya, Malibu ini telah di talakan kepada standard Eropah untuk pemanduan dinamik yang optimum.

Chevrolet Malibu LTZ mempunyai sebuah bingkai yang 4,865mm panjang dan 1,855mm luas. Kehadiran luar Malibu adalah di atas dorongan unsur-unsur reka bentuk yang dipinjam dari sporty Chevrolet Camaro coupe.

Chevrolet-Malibu_2013_1600x1200_wallpaper_5a-600x489

Tema reka bentuk moden di teruskan di dalam dengan dalaman dual kokpit serba baru terdiri daripada bahan-bahan premium. Sistem hiburan MyLink dengan integrasi kamera undur.

Juga menarik dengan Malibu adalah ruangnya. Banyak ruangan untuk kaki kerana jarak roda panjang Malibu – 2,737mm. Ruang boot – 462 liter.

Chevrolet-Malibu_2013_1600x1200_wallpaper_5c-600x427

NAZA Quest Sdn Bhd menawarkan Chevrolet Malibu LTZ dengan senarai panjang ciri-ciri inovatif. Ini termasuk Remote Engine Start dengan sistem PEPS (Passive Entry Push Start button), Tyre Pressure Monitoring System (TPMS), High-pressure headlight washers, electric power operated parking brake dan auto headlamp system dengan auto levelling, welcome lights, tunnel detection dan fungsi ‘follow-me-home’ dan lain lain.

Chevrolet-Malibu_2013_1600x1200_wallpaper_59-600x418

Keselamatan juga menjadi keutamaan dengan Malibu. Ia datang dengan dwi beg udara hadapan & beg udara tepi  dengan 65 peratus kekuatan struktur keluli  berserta berpengiktirafan keselamatan lima bintang NCAP. Juga ada, ABS (Antilock Brake System), StabiliTrak® Electronic Stability control System dengan Brake Assist dan EBD (Electronic Brake force Distribution).

“Pelancaran Chevrolet Malibu LTZ menandakan kemasukan salah satu nama industri automotif yang paling ikonik dan berjaya ke negara ini.

Chevrolet-Malibu_2013_1600x1200_wallpaper_66-600x424

Malibu LTZ adalah model penting untuk NAZA Quest Sdn Bhd dan Kumpulan NAZA pada keseluruhannya. Ia adalah rancangan untuk mendekati lebih ramai pencinta kereta dan pengguna celik teknologi dan Malibu pasti akan membawa kita lebih dekat dengan matlamat tersebut” kata Datuk Wira HJ SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin , Pengerusi Eksekutif Kumpulan NAZA.

Chevrolet-Malibu-005-600x238

Pemenang anugerah Chevrolet Malibu LTZ berharga RM153,888.00 on –the-road, tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Lengkap dengan pakej jaminan 5 tahun atau 200,000km (yang mana terdahulu). Maklumat lanjut tentang Chevrolet Malaysia boleh didapati di www.chevrolet.com.my dan http://www.facebook.com/MYChevrolet. Ikuti @Chevrolet_MY ​​untuk maklumat terkini dan tawaran Chevrolet Malaysia.

Chevrolet-Malibu-008-600x337

Previous post

Lotus Elise S Cup. Elise Paling Hardcore.

Next post

Ford Focus ST & Fiesta ST Habis Di Jual Di Serata Dunia

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *