Gaya Hidup

Bridgestone Terus Tingkatkan Kesedaran Kanser Di Kalangan Rakyat Malaysia

Bridgestone Tyre Sales Malaysia meneruskan usahanya dalam meningkatkan kesedaran tentang kanser, selari dengan falsafah tanggungjawab sosial korporatnya untuk menyumbang kepada masyarakat setempat.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Syarikat itu merupakan salah satu penaja bagi acara larian Light the Life anjuran UCSI pada 18 Disember 2016. Dengan yuran pendaftaran sebanyak RM60 bagi kategori Individu, peserta berpeluang menyertai larian sejauh 6 km sambil beramal.

pic4

Dalam ucapannya, Jo Takekawa, Pengarah Urusan Bridgestone Tyre Sales Malaysia berharap lebih ramai rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam acara seperti ini bukan sahaja untuk meningkatkan kesedaran tentang kanser, malah untuk meneruskan gaya hidup sihat.

pic2

Beliau kemudiannya melepaskan seramai 350 peserta sebelum menyertai larian tersebut. Selain itu, 21 sukarelawan yang kebanyakannya merupakan penuntut UCSI juga mencukur rambut masing-masing bagi mendapatkan lebih banyak dana.

pic3

Sebanyak RM34,000 telah berjaya dikutip melalui beberapa aktiviti yang dijalankan dan hasilnya akan dibahagikan kepada lapan penerima yang telah dipilih iaitu:

  1. Majlis Kanser Nasional (MAKNA)
  2. Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM)
  3. Pertubuhan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia
  4. PRIDE Foundation Malaysia
  5. Pertubuhan Kanser Kanak-Kanak Negeri Sarawak
  6. Empowered – The Cancer Advocacy Society Of Malaysia
  7. Pertubuhan Anti Kanser Malaysia
  8. Persatuan Keluarga Max Malaysia
Previous post

Philea Resort & Spa Ayer Keroh Melaka Hari 2 : Jejak Makan II ROSS II Eat Beat Ep 35

Next post

Proton Iriz Dinobat Budget Car of the Year 2016

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *