Perodua Axia STYLE Tembusi Pasaran Sri Lanka
Setelah hampir dua bulan dilancarkan di Malaysia, Perodua Axia STYLE membuat penampilan pertamanya di Sri Lanka menerusi Pameran Motor Colombo Seylan yang berlangsung di Bandaranaike Memorial International Conference Hall dari 8 hingga 10 November. Pengedar rasmi Perodua di negara itu iaitu Unimo Enterprises mengambil peluang untuk membuka tempahan model tersebut …
Daihatsu Panggil Semula 1,451 Unit Gran Max Untuk Ganti Rod Penghubung
Daihatsu (Malaysia) Sdn. Bhd., bersama dengan Daihatsu Motor Co. Ltd. (DMC) dan PT. Astra Daihatsu Motors (ADM), hari ini mengumumkan kempen panggilan semula untuk menggantikan rod penghubung pada enjin 3SZ yang digunakan pada Gran Max 1,500 cc yang dijual di Malaysia. Panggilan semula ini melibatkan 1,451 Gran Max yang dikeluarkan …
Toyota Raize – SUV Kompak Canggih Dengan Platform Daihatsu
Toyota telah memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak terbaru mereka bagi pasaran Jepun iaitu Raize. Tidak seperti C-HR yang menggunakan platform TNGA, Raize dibina di atas platform DNGA keluaran Daihatsu dengan ukuran panjang 3,995 mm dan lebar 1,695 mm. Walaupun bersaiz kompak, rim berukuran 17 inci dan dapra yang lebar …
Shell Rimula Rai Pelanggan di Ultimate Stepover Barcelona
Shell Rimula Ultimate Stopover 2019 yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol baru-baru ini menyaksikan penyertaan 14 pelanggan bertuah Shell Rimula dari Malaysia. Mereka menyertai 180 peserta lain dari 18 buah negara. Kunjungan selama 5 hari 4 malam yang ditanggung sepenuhnya ini memberi peluang kepada peserta meninjau dengan lebih mendalam lagi dunia …
Allianz General Percepatkan Tuntutan Banjir di Tiga Lokasi
Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad telah menugaskan tiga kenderaan 4×4 berjenama dan karavan tuntutannya untuk membantu pelanggan dengan tuntutan banjir menjelang musim tengkujuh ini. Bermula 7 November, kenderaan 4×4 ini akan ditempatkan di cawangan Allianz General di Ipoh, Pulau Pinang dan Bukit Mertajam serta Kota Bharu, manakala karavan tuntutan …
MINI JCW Countryman dan JCW Clubman Kini Mempunyai 306HP
Selain Clubman, MINI Malaysia turut melancarkan dua model berprestasi tinggi iaitu John Cooper Works Countryman 306HP dan John Cooper Works Clubman 306HP. Seperti yang tertera pada namanya, kedua-dua model JCW ini mempunyai 306 hp pada 5,000 – 6,250 rpm dan 450 Nm pada 1,750 – 4,500 rpm. Kuasa ini dibekalkan …
MINI Clubman Facelift Dilancarkan di Malaysia
MINI Malaysia hari ini melancarkan model enam pintu terbaru mereka iaitu MINI Clubman yang hadir dalam varian Cooper S. Ditawarkan pada harga RM298,888 (harga atas jalan tidak termasuk insurans), model ini didatangkan dengan jaminan pengeluar empat tahun tanpa had perbatuan dan pakej servis berjadual. Sebagai model facelift, Clubman tampil dengan …
Honda CBR1000RR-R Fireblade Sarat Teknologi MotoGP
Pameran motosikal EICMA 2019 yang berlangsung di Milan, Itali menyaksikan kemunculan Honda CBR1000RR-R Fireblade baharu. Dibangunkan berasaskan pengalaman Honda dalam MotoGP, jentera ini dikatakan meminjam teknologi enjin dan casis dari RC213V-S dan aerodinamik dari jentera lumba MotoGP RC213V. CBR1000RR-R dikuasakan oleh enjin 1,000 cc empat silinder yang mempunyai ukuran ‘bore’ …
Pengeluaran Hyundai Sonata 2020 Dimulakan di Alabama
Hyundai telah mempamerkan Sonata 2020 pada pertunjukan Miami International Auto Show yang ke-49. Model generasi kelapan itu memulakan fasa pengeluarannya di Hyundai Motor Manufacturing Alabama (HMMA) sebelum memasuki pasaran menjelang akhir bulan ini. Sonata 2020 merupakan sedan pertama yang direka dengan bahasa reka bentuk Hyundai Sensuous Sportiness. Sebagai kenderaan yang …
Aprilia RS 660 Tarik Perhatian di EICMA
Segmen motosikal supersport kelas pertengahan boleh dikatakan semakin ketinggalan jika dibandingkan dengan segmen-segmen lain, namun ini tidak menghalang Aprilia untuk memperkenalkan pesaing ‘middleweight’ terbaru mereka iaitu RS 660. Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai jentera ini: Ia dikuasakan oleh enjin 660 cc dua silinder sebaris bertaraf Euro 5 yang menghasilkan …