Berita Auto

Toyota Raize – SUV Kompak Canggih Dengan Platform Daihatsu

Toyota telah memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak terbaru mereka bagi pasaran Jepun iaitu Raize.

Toyota Raize

Tidak seperti C-HR yang menggunakan platform TNGA, Raize dibina di atas platform DNGA keluaran Daihatsu dengan ukuran panjang 3,995 mm dan lebar 1,695 mm.

Walaupun bersaiz kompak, rim berukuran 17 inci dan dapra yang lebar memberikan model ini imej yang gagah seperti sebuah SUV sebenar.

Raize ditawarkan dengan lapan pilihan warna, termasuk Turquoise Blue Mica Metallic yang boleh dipadankan dengan bumbung Black Mica Metallic.

Di dalam, Raize didatangkan dengan pelbagai kelengkapan yang boleh dikira canggih untuk segmennya seperti speedometer digital LED dengan paparan LCD berukuran tujuh inci. Terdapat empat gaya paparan yang disediakan iaitu Advanced, Exciting, Simple, dan Analog.

Selain itu, terdapat juga paparan audio berukuran 9.0 inci yang boleh disambungkan kepada telefon pintar menerusi ciri SmartDeviceLink dan Apple CarPlay.

Toyota Raize

Selain kelengkapan canggih, Raize turut menawarkan ruang bagasi berkapasiti 369 liter. Tempat duduk belakang boleh dilipat sepenuhnya untuk memuatkan barang-barang yang panjang, manakala dek papan boleh dikeluarkan untuk memasukkan barang-barang yang tinggi.

Raize hadir dengan gabungan enjin turbo 1KR-VET 1.0-liter dan D-CVT yang menghasilkan 98 hp pada 6,000 rpm dan 140 Nm dari 2,400 hingga 4,000 rpm.

Dalam aspek kecekapan bahan api, varian 2WD mencatat 18.6 km bagi setiap litar mengikut kitaran WLTC, manakala varian 4WD mencapai 17.4 km bagi setiap liter.

Varian 4WD mendapat ciri Dynamic Torque Control 4WD yang ditugaskan untuk menyalurkan tork yang secukupnya ke roda belakang ketika memandu di atas permukaan jalan yang licin.

Raize menggunakan sistem suspensi yang terdiri daripada topang MacPherson di hadapan dan torsion beam di belakang. Menurut Toyota, sistem ini dibangunkan semula sepenuhnya dengan komponen-komponen yang lebih optimum dan ringan untuk mengurangkan olengan dan bunyi.

Teknologi keselamatan canggih yang disertakan termasuk Adaptive Cruise Control dengan All Speed Tracking, Smart Panorama Parking Assist, Collision Warning Function, Crash Avoidance Braking Function dan Erroneous Start Prevention Function.

Ditawarkan dalam varian X, S, G dan Z, Raize dijual dengan harga bermula dari 1,679,000 (RM63,531) yen hingga 2,282,200 yen (RM86,355).

Previous post

Shell Rimula Rai Pelanggan di Ultimate Stepover Barcelona

Next post

Daihatsu Panggil Semula 1,451 Unit Gran Max Untuk Ganti Rod Penghubung

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *