Berita Auto

Daihatsu Panggil Semula 1,451 Unit Gran Max Untuk Ganti Rod Penghubung

Daihatsu (Malaysia) Sdn. Bhd., bersama dengan Daihatsu Motor Co. Ltd. (DMC) dan PT. Astra Daihatsu Motors (ADM), hari ini mengumumkan kempen panggilan semula untuk menggantikan rod penghubung pada enjin 3SZ yang digunakan pada Gran Max 1,500 cc yang dijual di Malaysia.

Panggilan semula ini melibatkan 1,451 Gran Max yang dikeluarkan dari 7 Mac 2018 hingga 10 April 2019. Ia bagaimanapun tidak melibatkan model-model lain Daihatsu.

DMC menyedari isu tersebut selepas menjalankan pemeriksaan rutin di mana rod penghubung pada enjin tersebut dikesan mempunyai retakan halus yang boleh menyebabkan enjin mati.

Berdasarkan siasatan, masalah ini berlaku semasa proses tempaan rod penghubung di kilang ADM di Indonesia.

Selari dengan komitmen Daihatsu untuk sentiasa menyediakan servis terbaik, produk berkualiti dan menjadikan keselamatan pelanggan sebagai keutamaan, setiap pemilik kenderaan yang terlibat akan dimaklumkan secara langsung.

Pelanggan yang terjejas akan diminta untuk membawa kenderaan mereka ke pusat servis Daihatsu yang bertauliah untuk pemeriksaan dan penggantian. Kos penggantian akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Isuzu.

Menurut syarikat itu, proses pemeriksaan dan penggantian akan mengambil masa kira-kira 18 jam, bergantung kepada jadual kerja di pusat servis.

Pemilik juga boleh menghubungi Daihatsu di talian 03-5512 3411 untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Previous post

Toyota Raize - SUV Kompak Canggih Dengan Platform Daihatsu

Next post

Perodua Axia STYLE Tembusi Pasaran Sri Lanka

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *