Kemalangan / Rosak / Recall

Awasi Hujan Lebat Semasa Perjalanan Disember Ini

Tanah runtuh telah meragut nyawa dua pemandu – seorang dalam Toyota Vellfire dan seorang lagi dalam sebuah lori.

Menjelang penghujung tahun 2021, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran cuaca monsun teruk dengan 450mm dan 1000mm hujan dijangkakan dalam dua bulan terakhir tahun 2021. Kami telah pun melihat kesan cuaca buruk ini terhadap infrastruktur kami. Bukan sahaja terdapat lebih banyak banjir kilat pada masa kini, tetapi juga lebih banyak tanah runtuh. Insiden terbaru berlaku lewat minggu lalu di sepanjang jalan Simpang Pulai – Lembah Biru.

Sekurang-kurangnya dua kenderaan terperangkap akibat tanah runtuh yang berlaku di sepanjang jalan itu sekitar jam 1.40 tengah hari pada 2 Disember 2021. 2 mayat ditemui dalam Toyota Alphard dan sebuah lori pada hari pertama. Selepas operasi mencari dan menyelamat seramai 143 orang dijalankan selama 2 hari, Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak menghentikannya. Mangsa ialah Muhammad Hafiz Hamdi berusia 31 tahun di dalam lori berkenaan dan Tan Chee Heng, 36 tahun.

Tanah runtuh itu berlaku di sepanjang jalan yang TIDAK diiktiraf sebagai kawasan tanah runtuh, menurut Pengarah Jabatan Kerja Raya Perak. Bagaimanapun, hujan lebat selama 2 minggu secara tidak dijangka telah melemahkan tanah dan menyebabkan serpihan 100 meter menghalang jalan dan menelan secara keseluruhan kedua-dua kenderaan ini.

Apakah yang harus anda lakukan?

Gambar Vellfire yang tertimbus itu menular dan agak menggerunkan melihat kenderaan itu remuk leper di bawah berat tanah dan pokok yang basah. Walaupun kemalangan seperti ini mustahil untuk diramalkan, kami ada pakar dalam bidang ini yang boleh membantu membimbing kami untuk meminimumkan risiko yang kami ambil semasa perjalanan. Jabatan Meteorologi Malaysia telah pun memberi amaran kepada orang ramai bahawa hujan yang sangat lebat dijangka berlaku pada bulan November, Disember 2021 dan mungkin awal Januari 2022. Kami juga telah melihat kesannya terhadap beberapa kawasan yang lebih terdedah kepada tanah runtuh, seperti jalan Cameron Highlands ini.

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah untuk mengelak daripada menuju ke kawasan-kawasan ini. Jika anda mempunyai business trip penting yang sudah dirancang, semak cuaca terlebih dahulu dan pergi semasa matahari terbit untuk meminimumkan risiko. Jika anda telah merancang percutian, pertimbangkan untuk menjadualkan semula perjalanan anda atau melawat tempat lain yang kurang berkemungkinan tanah runtuh atau banjir.

Perkara kedua yang perlu dilakukan ialah menyemak semula sama ada polisi insurans kenderaan anda ada perlindungan kerosakan banjir. Secara berasingan, pastikan kenderaan anda dilindungi daripada kerosakan yang disebabkan ketika ribut – seperti kerosakan tanah runtuh dan serpihan.

Akhir sekali, jika hujan mula turun dengan lebat semasa perjalanan anda, pertimbangkan untuk menghentikan perjalanan anda di tempat yang selamat, seperti R&R dan menunggu keadaan bertambah baik. Tanah runtuh hampir mustahil untuk diramalkan, tetapi banjir dapat dikesan dan dielakkan dengan lebih mudah. Walaupun anda mempunyai SUV atau trak pikap dengan kedalaman meredah air yang baik, JANGAN cuba meredah air banjir. Anda tidak dapat melihat apa yang ada di bawah air, dan berisiko merosakkan tayar anda atau memandu ke dalam lubang atau manhole yang terbuka. Jika air masuk ke dalam enjin anda atau merosakkan elektronik kenderaan anda, anda pasti mendapat bil repair yang BESAR di tangan anda.

Kekal selamat, rancang perjalanan anda lebih awal untuk beberapa minggu yang akan datang ini dan nikmati perjalanan rentas negeri dengan penuh tanggungjawab. Selain itu, jika anda belum memperbaharui cukai jalan anda, sekarang adalah masa yang baik untuk melakukannya! JPJ akan mula pemantauan Januari 2022 ini.

Previous post

Isuzu D-Max Dinobatkan Trak Pikap Nilai Terbaik Untuk Tahun 2022

Next post

Tesla Model 3 Dibawa Masuk Oleh PEKEMA Dengan Harga Hanya RM289K

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *