Berita Auto

Senarai Harga Baharu BMW dan MINI

Hari ini (15 Jun 2020) bermulanya pengecualian cukai jualan untuk semua kenderaan baharu. Seperti kebanyakan pengeluar lain, BMW Malaysia juga telah mendedahkan senarai harga baharu untuk barisan model BMW dan MINI. Senarai harga ini berkuat kuasa sehingga 31 Disember 2020.

Bagi BMW, model pemasangan tempatan yang mendapat pengurangan harga paling besar adalah untuk 740Le xDrive yang kini dijual pada harga RM569,052.87, iaitu RM29,747.13 lebih murah berbanding sebelum ini.

Sementara itu, model import sepenuhnya (CBU) iaitu 840i Gran Coupe M Sport menikmati pengurangan sebanyak RM31,388.77, menjadikan harga terbarunya RM937,411.23.

Dalam barisan MINI, model Countryman Sports dan Blackheath Edition serta John Cooper Works Countryman masing-masing menyaksikan pengurangan sebanyak RM9,607.62 dan RM13,997.17.

Pengecualian cukai jualan kereta diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini sebagai sebahagian daripada Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Di bawah inisiatif ini, model CKD akan mendapat 100% pengecualian cukai jualan manakala model CBU menerima 50% pengecualian cukai jualan.

Previous post

Audi A5 Sportback Menawarkan Lebih Banyak Daripada Saingan + Video

Next post

Perodua Lanjut Waktu Operasi Pusat Servis

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *