Berita Auto

Inisiatif Solar Bantu Proton Jimat RM4.39 Juta Setahun

Proton telah melancarkan inisiatif tenaga solarnya di kilang Tanjung Malim bagi membantu pengeluar kereta nasional itu mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 11,536 tan setahun sambil menjimatkan kos utiliti.

Panel solar dwi-muka yang diletakkan di tempat letak kereta terbesar di Malaysia itu berserta panel solar di atas bumbung kilang mampu menjana tenaga sehingga 12 MWp (puncak Megawatt), cukup untuk memenuhi sehingga 25% daripada penggunaan kuasa kilang itu.

Tempat letak kereta berpusat Proton yang meliputi kawasan seluas 23.4 ekar menyediakan ruang parkir untuk 2,880 kereta dan digunakan sebagai tempat transit untuk kereta yang dikeluarkan di Tanjung Malim sebelum diedarkan kepada pengedar dan cawangan di seluruh negara.

Ruang itu kini diliputi oleh 20,544 panel solar dwi muka, yang dinamakan demikian kerana ia boleh menjana tenaga daripada cahaya matahari secara langsung pada bahagian atas serta pantulan cahaya matahari dari permukaan jalan dan kereta yang diletakkan di bawah panel.

Dibina dan ditauliahkan oleh Kumpulan Pekat dan rakan bersekutunya MFP Solar, kemudahan panel solar tempat letak kereta itu boleh menjana 9MWp dan merupakan yang terbesar di Malaysia dan juga antara semua pengeluar kereta di negara ini.

Ia juga berpotensi untuk mengurangkan bil elektrik Proton sebanyak RM4.39 juta setahun dengan penjimatan sebanyak RM1.46 juta melalui 3MWp yang dijana oleh panel yang dipasang di atas bumbung kilang.

Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkata, “Kemudahan panel solar Proton adalah sebahagian daripada inisiatif hijau syarikat yang menyahut cabaran untuk membantu Malaysia memenuhi sasaran kerajaan untuk menjadi negara neutral karbon menjelang tahun 2050.”

“Selain daripada penjimatan utiliti, penggunaan sumber tenaga yang bersih dan boleh diperbaharui akan membolehkan kami mengurangkan 11,536 tan karbon dioksida di atmosfera yang dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat dan ekosistem di Tanjung Malim,” tambah beliau.

Previous post

Regas Premium Sabah Buka Pusat 4S BMW Di Kota Kinabalu

Next post

Step Up Agility Financing Untuk Mercedes-Benz EQA

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *