Berita Auto

BMW 2 Series Coupe Masuk Fasa Ujian Terakhir

Fasa terakhir proses pembangunan BMW 2 Series Coupe telah bermula dengan model berkenaan kini menjalani ujian dinamik dan penalaan sistem suspensi, casis, redaman, stereng serta brek di litar Nurburgring Nordschleife.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-35

Selain di litar yang dikenali sebagai Neraka Hijau itu, BMW turut menjalankan ujian 2 Series Coupe di jalan-jalan awam di sekitar Munich dan lapangan ujian mereka di Maisach. Ini bagi membolehkan kualiti pemanduan model itu dialami dalam situasi lalu lintas harian dan di atas pelbagai jenis permukaan jalan raya.

Menurut BMW, barisan model 2 Series Coupe akan diketuai oleh M240i xDrive Coupe yang dikuasakan oleh enjin BMW TwinPower Turbo enam silinder sebaris dengan 374 hp dan transmisi Steptronic Sport lapan kelajuan. Kuasa disalurkan ke roda menerusi sistem pacuan semua roda xDrive yang dikatakan berorientasikan pacuan roda belakang. Turut disertakan adalah M Sports Differential pada gandar belakang.

Namun secara umumnya, semua varian 2 Series Coupe mempunyai struktur badan yang lebih kukuh, dengan ketegaran yang dipertingkatkan sebanyak 12 peratus berbanding model sebelum ini menerusi penambahan topang pada bahagian belakang. Selain itu, ukuran ‘track’ (jarak antara titik tengah tayar kiri dan kanan) pada gandar hadapan dan belakang juga bertambah sekaligus mengurangkan olengan badan dan turun naik beban roda semasa mengambil selekoh.

BMW 2 Series Coupe

Tambah BMW lagi, semua varian dilengkapi standard dengan peredam yang bergantung pada strok (stroke-dependent dampers) yang bertindak balas dengan sensitif terhadap permukaan jalan yang tidak rata bagi tujuan mengoptimumkan keselesaan. Sebagai alternatif, pelanggan boleh memilih Adaptive M Chassis yang mempunyai peredam yang dikawal secara elektronik untuk pemanduan yang sporty atau pun selesa.

Selain pengagihan beban gandar yang seimbang antara roda hadapan dan belakang (hampir 50:50), rekaan spesifik sistem stereng dan galas sokongan pada gandar hadapan turut menyumbang kepada prestasi pengendalian jentera dua pintu ini. Untuk kawalan yang lebih responsif, BMW menawarkan Variable Sports Steering sebagai opsyen.

BMW 2 Series Coupe

Walaupun imej-imej ini tidak memberikan gambaran yang jelas mengenai reka bentuk 2 Series Coupe, BMW berkata bahawa model itu akan menampilkan spoiler lip dan splitter pada bahagian hadapan, tirai udara, pemesong udara serta pelindung gandar belakang yang berupaya mengurangkan daya angkat (lift) pada gandar hadapan sebanyak 50 peratus.

Previous post

Honda Kekalkan Transmisi Manual Untuk Civic Si Dan Type R

Next post

Toyota Eco Youth Ke-20 Tarik Penyertaan 177 Sekolah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *