Motosikal / Lain Lain Roda

Honda Wave 125i Kini Hadir Dengan Enjin Euro4

Boon Siew Honda telah mengemaskini barisan model kapcai mereka dengan pelancaran Honda Wave 125i baharu yang didatangkan dengan enjin yang mematuhi piawaian emisi Euro4.

Bukan itu sahaja, enjin 124.9 cc silinder tunggal itu juga dilengkapi dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI yang membolehkannya menghasilkan 9 hp pada 7,500 rpm dan 10.1 Nm pada 5,000 rpm.

Wave 125i mempunyai tangki bahan api berkapasiti 5.4 liter yang memberikan tunggangan lebih jauh. Menurut Boon Siew Honda, ia merupakan satu-satunya kapcai di pasaran yang mempunyai ruang storan sebesar 18 liter.

Selain itu, model ini juga mendapat lampu utama LED manakala panel meternya diberikan rekaan yang lebih premium. Penggunaan cakera brek berkembar pula memberikan prestasi brek yang lebih seimbang, sekaligus meningkatkan keselamatan penunggang.

Wave 125i boleh didapati dalam tiga warna iaitu Extravagant Gold Metallic, Candy Scintillate Red dan Pearl Nightfall Blue. Ia dijual pada harga RM6,499 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran) dan didatangkan dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000 km.

Previous post

Hyundai, Kia dan Genesis Digemari IIHS

Next post

Jualan Proton Meningkat Hampir Dua Kali Ganda

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *