Berita Auto

Pra-Tempahan BMW 430i Coupé M Sport Kini Dibuka

BMW Group Malaysia mengumumkan bahawa BMW 430i Coupé M Sport baharu boleh dipra-tempah melalui platform BMW Shop Online mulai hari ini sehingga 18 Mac 2021 dengan bayaran RM1,000.

Model ini dikuasakan oleh enjin turbo 2.0-liter empat silinder yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan. Dengan 258 hp dan 400 Nm, ia boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5.8 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 258 km/j.

Antara kelengkapan standard yang disertakan termasuk rim M Sport 19 inci 797 M Bicolour dengan tayar ‘runflat’, lampu LED, upholsteri fabrik/Sensatec, sistem audio HiFi, Parking Assistant, Driving Assistant, Variable Sport Steering, sistem suspensi M Sport, stereng dan pedal M, serta pengecas wayarles.

BMW Malaysia turut menawarkan pakej Innovation yang mengandungi ciri-ciri tambahan seperti lampu Laserlight dengan High Beam Assistant, upholsteri kulit Vernasca, sistem audio Harman Kardon, Connected Package Professional dan trim Sensatec pada panel instrumen.

Selain itu, pakej Innovation juga mempunyai pilihan warna upholsteri yang lebih banyak iaitu hitam, Tacora Red dan Cognac, berbanding pilihan tunggal warna hitam dengan jahitan baharu untuk versi standard. Untuk bahagian luaran, terdapat empat warna yang boleh dipilih iaitu Arctic Race Blue Metallic, Alpine White, Portimao Blue dan Black Sapphire.

430i Coupé M Sport ditawarkan pada harga RM418,800 manakala 430i Coupé M Sport dengan pakej Innovation boleh didapati pada harga RM454,800.

Previous post

Jualan Lamborghini Jatuh 9% Untuk Tahun 2020

Next post

Ini Dia Toyota Yaris WRC 2021

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *