Berita Auto

Miliki Lexus UX Dari Serendah RM1,938 Sebulan

Adakah anda impikan untuk memiliki sebuah Lexus? Lexus Malaysia boleh membantu anda menjadikan impian itu satu realiti menerusi pelan pembiayaan Lexus Next Step yang baru dilancarkan.

Ditawarkan oleh Lexus Capital Services, pelan tersebut menawarkan bayaran ansuran bulanan tiga tahun pertama yang lebih rendah berbanding pinjaman sewa beli konvensional. Pinjaman dibahagikan kepada tiga peringkat untuk tempoh sembilan tahun iaitu Peringkat 1 (tahun pertama-ketiga), Peringkat 2 (tahun keempat-keenam) dan Peringkat 3 (tahun ketujuh-kesembilan).

Menerusi pelan ini, pelanggan mempunyai pilihan untuk menukar beli (trade in) kereta mereka dengan model baharu pada akhir tahun keenam pembiayaan atau meneruskan pembayaran hingga ke tahun kesembilan.

“Lexus Malaysia memahami kehendak pengguna masa kini yang ingin menikmati aktiviti gaya hidup mereka sambil memiliki kereta impian mereka,” kata Ravindran K, Presiden Lexus Malaysia.

Buat masa ini, Lexus Next Step hanya ditawarkan untuk model UX yang dilancarkan di Malaysia pada tahun lalu. Berikut adalah ansuranan bulanan bagi ketiga-tiga varian yang ditawarkan:

Previous post

Toyota Hilux Hampir Ditelan Lubang Besar Di Semenyih

Next post

Honda HR-V Dapat Paparan Audio 7 Inci, Apple CarPlay Dan Android Auto

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *