Bisnes

Datuk Wong Kin Foo Ketuai Berjaya Auto Alliance

Berikutan pengumuman pada 1 Disember lalu mengenai pelantikan Berjaya Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB) sebagai pengedar tunggal kenderaan Peugeot dan penyedia perkhidmatan selepas jualan dan pengedaran alat ganti bagi Peugeot, Citroen dan DS, Kumpulan Berjaya kini mengumumkan pasukan pengurusan yang akan menerajui syarikat itu.

BAASB akan diketuai oleh Datuk Wong Kin Foo yang kini merupakan pengarah Bermaz Motor Sdn Bhd, iaitu pengedar jenama Mazda di Malaysia. Sebagai Pengarah Urusan, beliau akan melaporkan kepada lembaga pengarah yang dipengerusikan oleh Dato’ Sri Robin Tan Yeong Ching, Ketua Pegawai Eksekutif BerjayaCorp, Dato’ Sri Ben Yeoh, Pengerusi Eksekutif BAuto dan Dato Francis Lee, Ketua Pegawai Eksekutif BAuto.

Operasi awal BAASB akan dijalankan di ibu pejabat Kumpulan yang terletak di Lot.7 Glenmarie, Shah Alam, dengan rancangan untuk perkembangan dalam masa terdekat. Datuk Wong akan dibantu oleh pasukan yang berpengalaman untuk menaikkan dan memacu jenama Peugeot di Malaysia. Antara individu yang menganggotai pasukan itu adalah Michael Moh, Ketua Selepas Jualan; Michael Chen, Ketua Jualan; dan Ian Khong, Ketua Pemasaran.

Menurut siaran media yang dikeluarkan oleh BAASB, syarikat itu mengesahkan bahawa ia akan menawarkan produk-produk baharu, dengan keutamaan untuk menyediakan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan. Laporan mengatakan bahawa Peugeot 2008 bakal menjadi model pertama yang dibawa masuk, selain versi facelift bagi 3008 dan 5008. Selain itu, jaminan 5+5 juga dalam pertimbangan.

Previous post

Honda CB500X (2021) Tampil Tiga Warna Baharu

Next post

Kia Sorento Dapat Lima Bintang Penilaian Keselamatan Euro NCAP

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *