Berita Auto

Mitsubishi Xpander Mula Diserahkan Kepada Pelanggan

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan bahawa MPV tujuh tempat duduk mereka iaitu Xpander sudah mula diserahkan kepada pelanggan yang membuat tempahan awal.

Dilancarkan pada awal bulan ini, Xpander kini boleh dilihat dengan lebih dekat dan dipandu uji di semua bilik pameran Mitsubishi Motors di seluruh Malaysia. Model ini dipasang di kilang HICOM Automotive Manufacturers Sdn Bhd di Pekan, Pahang.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi berkata, “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami atas sokongan yang luar biasa. Disebabkan sambutan luar biasa, jumlah tempahan yang diterima MMM telah melebihi jumlah keseluruhan kapasiti pengeluaran sehingga Disember 2020.”

Tambah beliau, pelanggan yang menempah Xpander selepas ini akan mendapat model tahun 2021 yang akan dikenakan cukai jualan. Berikut adalah senarai harga Xpander selepas tamat tempoh pengecualian cukai jualan:

Xpander hadir dengan enjin MIVEC 1.5-liter blok aluminium yang menghasilkan 105 PS pada 6,000 rpm dan 141 Nm pada 4,000 rpm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan.

Ia juga dilengkapi dengan lampu LED, rim aloi dua tona 16 inci, paparan sistem audio berukuran 9 inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto serta ciri-ciri keselamatan seperti dua beg udara, ABS, Electronic Brake Force Distributor (EBD), Active Stability Control (ASC), Brake Assist System (BA) dan Hill Start Assist.

Previous post

Volkswagen Golf MK8 Mendapat Model Alltrack Untuk Eropah

Next post

Yamaha MT-15 Masuk Pasaran Malaysia - RM11,988

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *