Khidmat Masyarakat

UMW Toyota Sumbang PPE Untuk Petugas Barisan Hadapan

UMW Toyota Motor (UMWT) mengambil inisiatif untuk menghasilkan kelengkapan pelindung diri (PPE) untuk membantu petugas barisan hadapan dalam usaha menentang wabak COVID-19.

Kelengkapan tersebut dihasilkan di Toyota Boshoku UMW Sdn Bhd (TBU), sebuah syarikat usaha sama dengan Toyota Boshoku Corporation dari Jepun yang terlibat dalam pengeluaran kerusi kenderaan, kemasan pintu serta talam pengalas yang digunakan pada kenderaan pemasangan tempatan.

TBU mempunyai kemudahan untuk mengeluarkan beberapa peralatan PPE dengan mudah seperti mesin-mesin pemotong reka letak automatik serta mesin jahit industrial.

Corak awal diperbuat daripada contoh unit seperti kasut pelindung, tudung dan baju yang kemudiannya dimuat naik ke mesin pemotong automatik. Rekaan akhir kelengkapan itu juga telah mendapat kelulusan KKM.

Seramai 75 pekerja mahir terlibat dalam penghasilan PPE dengan kadar pengeluaran sehingga 1,500 unit sehari. Setakat ini, UMWT telah menyerahkan 10,000 unit PPE daripada kumpulan pertama kepada KKM.

“Toyota Motor Corporation dengan aktifnya menyokong apa juga usaha di banyak negara untuk mengatasi pandemik global ini. Sokongan tertakluk kepada keperluan, dan di Malaysia, kami sedar PPE menjadi keperluan mendesak bagi petugas kesihatan. Jadi, bersama anak syarikat kami, Toyota Boshoku Corporation, kami memberi tumpuan untuk membantu dengan cara ini,” jelas Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.

Previous post

MINI Malaysia Lancar Kempen MINIMISE

Next post

BMW 8 Series Gran Coupe Kini di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *