Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Isuzu Hicom Malaysia Terima Dua Sijil ISO

Isuzu Hicom Malaysia Sdn Bhd (IHM), sebuah syarikat bersekutu DRB-HICOM Berhad telah dianugerahkan Pensijilan berprestij Pertubuhan Antarabangsa untuk Standardisasi (ISO) 45001:2018 bagi Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dan Pensijilan Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001:2015 untuk cawangannya di Pekan dan Shah Alam.

BHP-Banner Contest

Ketua Pegawai Eksekutif IHM Taizo Nakahigashi berkata ianya amat penting bagi syarikat pengeluar kenderaan komersil itu untuk menerima Pensijilan ISO 45001:2018 kerana ianya membuktikan usaha pro-aktif syarikat untuk meningkatkan prestasi keseluruhan bagi kesihatan dan keselamatan pekerjaan dalam mencegah kecederaan dan kesihatan tidak baik di tempat kerja, sambil melindungi kelanjutan pekerjaan.

IHM Pekan dan Shah Alam kedua-duanya menerima Pensijilan ini dari SIRIM QAS International Sdn Bhd, berikutan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang mematuhi piawaian ISO 45001: 2018. Pensijilan ini merangkumi skop pembuatan trak pikap dan ringan, sederhana, dan berat dan casis bas serta pemasangan secara kontrak bagi trak berat dan ringan, trak pikat, van, pemacu empat roda dan casis bas untuk pemegang francais.

Isuzu D-Max

Di samping itu, kedua-dua cawangan IHM telah dianugerahkan dengan Pensijilan Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO14001: 2015 kerana berjaya memenuhi piawaian peraturan perlindungan alam sekitar yang ditetapkan oleh ISO.

“Ini merupakan satu lagi penanda aras bagi kami dalam memenuhi peraturan perlindungan alam sekitar dan mempertingkatkan usaha tanggungjawab alam sekitar korporat. Kami sememangnya amat bangga diiktiraf sebagai pengeluar kereta yang melaksanakan usaha berterusan untuk menghasilkan produk dan menggunakan proses yang lebih mesra alam dan mampan, kata Taizo.

IHM mengeluarkan kenderaan komersil ISUZU seperti trak ringan Siri-N, trak sederhana dan berat Siri-F dan trak pikap D Max. Data Persatuan Automotif Malaysia menunjukkan bahawa pada akhir Jun 2019, Isuzu telah menjual sebanyak 4,135 unit kenderaan komersil di Malaysia. Ia menjual lebih dari 11,000 unit dalam tahun kewangan 2018.

Previous post

BMW 2 Series Gran Coupe Hadir Sebagai Pencabar CLA

Next post

BMW South Africa Membaik Pulih Model BMW M Pertama Mereka

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *