Sukan

Proton R3 Umum Pencarian Pelumba Wanita dan Program Mentor

Pasukan Proton R3 mengumumkan pencarian pelumba wanita serta program mentor untuk satu pasukan perlumbaan yang akan bersaing di dalam siri Malaysia Speed Festival (MSF) yang merupakan acara sukan permotoran terbesar di Malaysia.

Proton R3 MSF

Kedua-dua program ini bermatlamat untuk membangunkan sukan permotoran di peringkat akar umbi dengan memanfaatkan kelebihan pengalaman dari pasukan R3 yang telah lama berkecimpung di dalam pelbagai acara perlumbaan.

Selain itu, program ini bertujuan untuk membolehkan pemandu dan pasukan perlumbaan tempatan mendapat akses kepada pelbagai maklumat, pengurusan pasukan dan teknik pembangunan kereta yang akan membantu meningkatkan prestasi mereka dan seterusnya membawa mereka agar lebih cemerlang di peringkat kebangsaan.

Briefing session (2)

Ini juga merupakan peluang untuk mencari pelumba wanita yang berbakat dan mengembangkan karier mereka dengan membuka ruang kepada mereka masuk di bidang yang didominasikan oleh lelaki.

Dari kesemua peserta, tiga daripada mereka akan diberi peluang untuk berkembang sebagai pemandu perlumbaan dan turut  serta di perlumbaan S1K tahun 2019, memandu sebuah jentera yang dipersiapkan oleh pasukan Proton R3. Pemilihan dilakukan berdasarkan prestasi peserta dalam satu siri aktiviti memandu di luar dan dalam litar serta tahap disiplin, kerja berpasukan dan komitmen.

Some of the contestants

Berikut adalah senarai peserta bagi Program Pencarian Pelumba Wanita MSF-R3:

  • Ng Aik Sha
  • Samanda Lee
  • Nurul Husna Nasharuddin
  • Nursharina Nor Ramlle
  • Dayangku Faratiwan Adnil
  • Rozana Rahmat
  • Umi Nasirah Sulaiman
  • Zaidah Mohd Ishak
  • Nor Azirah Mohd Azhar

Briefing by Osman Jailani, Technical Head, PROTON R3.

Bagi program mentor pula, pemandu dan pasukan terpilih yang bersaing di dalam perlumbaan MSF SuperTurismo menggunakan jentera Proton akan dibantu oleh kakitangan pasukan Proton R3 untuk tiga lagi acara perlumbaan tahun ini. Walaupun setiap pasukan perlu melakukan persiapan sendiri, pasukan R3 akan menyediakan ilmu teknikal kepada pasukan sebelum dan semasa perlumbaan,

Briefing session

Berikut adalah pemandu dan pasukan terpilih bagi Program Mentor MSF-R3:

  • Mohd Hafiz Saad #248
  • Nik Shahrul Fadli Nik Mansor #141
  • Alban Raymond De Sauza #16
  • Muhammad Faishal Bin Othman #180
  • Md. Shah Hashim #387
Previous post

Toyota Majesty - MPV Premium 10 Penumpang

Next post

Tayangan Perdana Filem Pemenang BMW Shorties 2018 Ananth Subramaniam ‘Liar Land’

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *