Berita Auto

Karpet Kereta Aftermarket ‘Trapo Mark II’ Dilancarkan di Malaysia

Trapo Asia, syarikat pengeluar karpet kereta, telah memperkenalkan produk terbaru dalam rangkaian mereka iaitu Trapo Mark II. Dengan pelacaran terbaru ini, syarikat itu mensasarkan untuk mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran tempatan dan antarabangsa dengan karpet kereta custom.

Trapo Mark II

Trapo Mark II menggunakan teknologi Bactekiller yang dibangunkan oleh Fuji Chemical Industries Co Ltd dari Jepun. Teknologi tersebut dikatakan dapat menghapuskan 99% bakteria dan menghalangnya daripada membiak semula sekaligus menjadikan karpet kereta sentiasa bersih.

Bukan itu sahaja, karpet Trapo Mark II adalah mesra alam kerana ia diperbuat menggunakan 50% bahan mentah kitar semula dan 50% bahan gentian. Ini juga menjadikannya kalis air dan selamat dari bahan kimia berbahaya.

Trapo Mark II

Bersempena dengan pelancaran terbarunya, Trapo Asia turut mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani memorandum perjanjian (MoU) dengan Fuji Chemical Industries untuk menjadi satu-satunya pengeluar karpet kereta yang menggunakan teknologi dari Jepun itu di Malaysia.

“Pemandu keluar dan masuk kereta setiap hari tanpa menyedari bakteria yang mereka bawa masuk ke dalam kereta. Dengan kerjasama ini, Trapo Asia kini dapat menghasilkan karpet kereta canggih, Trapo Mark II bagi menyediakan pilihan yang selamat dan bersih kepada semua pemandu,” kata Tzong Lee, pengasas bersama Trapo Asia.

Trapo Mark II

Previous post

Jualan Global Volvo Meningkat Dengan Jualan Terbaik Dari XC60

Next post

Calling! Calling! Model-Model Nissan Navara (D40), Grand Livina & X-Gear (L10)

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *