Berita Auto

Honda Malaysia Buka Pusat 3S Pertama Dengan Pengiktirafan GBI

Honda Malaysia telah merasmikan pembukaan pusat 3S oleh Ban Hoe Seng (Auto) Sdn Bhd yang terletak di Bandar Baru Sri Klebang, Chemor, Perak. Apa yang menarik tentang pusat ini adalah ia merupakan bilik pameran kereta pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan Indeks Bangunan Hijau (GBI).

BHP Banner BMW Z4

Dibangunkan dengan pelaburan mencecah RM15 juta, bangunan ini direka khas dengan ciri mesra alam yang menggunakan sumber asli secara cekap bagi membantu mengurangkan sisa, menjimatkan tenaga serta mengurangkan penggunaan air.

Photo 10

Ciri-ciri tersebut memberikan pusat 3S ini beberapa kelebihan seperti:

  • Mempunyai 60% cahaya semula jadi menerusi penggunaan kaca besar dan ‘skylight’
  • Penggunaan pencahayaan LED dengan sensor gerakan bagi menjimatkan kuasa
  • Pengudaraan semula jadi di bahagian bengkel
  • Sistem tuaian hujan

Photo 05

Dibina di atas tapak berkeluasan dua ekar, pusat ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pelanggan seperti ruang menunggu yang selesa, Wifi percuma, ruang bermain kanak-kanak, makan dan minuman percuma serta bilik solat. Sementara itu, bengkel pula mempunyai 19 ruang servis dengan kapasiti untuk menyelenggara sehingga 60 buah kereta sehari.

Photo 08

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, “Di Honda, kami komited untuk mengurangkan jejak alam sekitar. Untuk mencapai matlamat ini, kami mengambil inisiatif untuk menggunakan teknologi hijau inovatif dalam operasi dan produk harian kami.”

Photo 12

Untuk membuat temu janji, pelanggan boleh menghubungi pusat 3S Honda Ban Hoe Seng (Auto) di talian 05-292 7333 atau kunjungi pusat tersebut di alamat 2, Jalan Sri Klebang A/13, Bandar Baru Sri Klebang, 31200, Chemor, Perak.

Previous post

Volkswagen Touareg One Million Rai Kejayaan Pengeluaran ke 1 Juta Unit

Next post

Dasar Automotif Kebangsaan 2019 Akan Wartakan September Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *