Cerita Auto

Ramalan Trafik Musim Perayaan oleh Waze

Setiap kali tiba musim perayaan, aliran trafik akan menjadi tinggi kerana orang ramai berebut-rebut untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Berikut adalah beberapa ramalan oleh Waze supaya anda dapat menjangka keadaan trafik bagi hari-hari berikutnya:

BHP Banner Toyota

Ramalan 1: Lebih ramai rakyat Malaysia akan menggunakan jalan raya

Berdasarkan data Waze yang diperoleh tahun lalu dan juga bersempena cuti persekolahan, Waze meramalkan peningkatan trafik sebanyak 18% berbanding minggu biasa.

Ramalan 2: Pengguna akan berada lebih lama di atas jalan raya

Secara purata, rakyat Malaysia menghabiskan 72 minit setiap hari di atas jalan raya namun jumlah ini dijangka meningkat sebanyak 15% kepada 83 minit semasa musim perayaan kali ini. Jarak yang dilalui oleh pengguna juga dijangka meningkat sekali ganda dari 56 km setiap hari.

Ramalan 3: Rakyat Malaysia dan tabiat makan dan membeli-belah mereka

Rakyat Malaysia mencatat purata 7.2 juta navigasi berkaitan makanan dan 9.7 juta navigasi berkaitan beli-belah menggunakan aplikasi Waze. Jumlah ini dijangka meningkat semasa musim perayaan ini.

Berikut adalah beberapa tips dari Waze bagi menghadapi trafik musim perayaan:

  • Biarkan aplikasi Waze aktif semasa memandu supaya anda mendapat data trafik masa sebenar
  • Jika anda tekan butang ‘Routes’ di dalam aplikasi, Waze akan membantu anda menyemak laluan mana yang akan menawarkan masa ketibaan terpantas
  • Mainkan muzik jika perjalanan mengambil masa yang lama. Terdapat beberapa rakan audio Waze yang boleh dipilih seperti Spotify, Deezer, iHeartRadio, NPR, Pandora, Scribd, Stitcher dan TuneIn.

 

Previous post

Toyota Kongsi Kejayaan Hasil Jualannya

Next post

Pakar Pakir Mazda Di Filipina

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *