Berita Auto

Aston Martin Vantage AMR Tawar Keseronokan Transmisi Manual

Aston Martin telah memperkenalkan tawaran terbaru dalam barisan model Vantage. Dikenali sebagai Vantage AMR, ia menjanjikan tahap keseronokan memandu yang lebih tinggi menerusi transmisi manual.

BHP Banner Porsche GT2

Seperti Vantage ‘biasa’, versi AMR ini menampilkan nadi berbentuk enjin 4.0-liter twin-turbo V8 yang diposisikan serendah dan sekebelakang yang mungkin bagi mendapatkan pengagihan berat 50:50. Ia menjana 510 PS pada 6,000 rpm dan 625 Nm dari 2,000 hingga 5,000 rpm, membolehkan jentera ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5 saat.

aston-martin-vantage-amr (1)

Untuk perbandingan, Vantage versi automatik mempunyai 685 Nm dan boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.6 saat. Bagaimanapun, kelajuan maksimum bagi kedua-dua model ini adalah sama iaitu 314 km/j.

aston-martin-vantage-amr (5)

Transmisi manual tujuh kelajuan yang terdapat pada Vantage AMR dibangunkan oleh Graziano, sebuah syarikat dari Itali yang turut membekalkan kotak gear kepada pengeluar-pengeluar supercar lain seperti Ferrari, Lamborghini dan McLaren.

aston-martin-vantage-amr (3)

Ia menampilkan gear pertama ‘dog leg’, manakala gear kedua hingga ketujuh disusun dalam konfigurasi H berkembar bagi memastikan pengalaman memandu yang mengasyikkan. Turut disertakan adalah Limited-Slip Differential serta sistem Amshift yang diprogramkan untuk pemadanan rev tanpa perlu melakukan teknik ‘heel-and-toe’.

aston-martin-vantage-amr (4)

Jentera ini mungkin lebih perlahan di atas kertas namun penggunaan kotak gear manual dan cakera brek seramik secara standard secara tidak langsung berjaya mengurangkan berat keseluruhan kenderaan sebanyak 95 kg.

aston-martin-vantage-amr (2)

Aston Martin akan menawarkan 200 unit Vantage AMR, di mana 141 daripadanya akan ditawarkan dalam warna Sabiro Blue, Onyx Black, China Grey atau White Stone. Selebihnya akan dijual sebagai ‘Vantage 59’ sempena meraikan kejayaan Aston Martin dalam perlumbaan 24 Hours of Le Mans pada 1959. Varian ini didatangkan dalam warna Stirling Green dan Lime dengan padanan kulit Dark Knight dan Alcantara pada bahagian kabin.

 

Previous post

Fitri Positif Hadapi Pusingan 3 Cub Prix

Next post

Aman Logistik Sdn Bhd Pilih Volvo Trucks

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *