Undang - Undang

Letak Kereta Berganda! Undang- Undang Bukan Di Sebelah Pelaku Musnah!

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kami membaca banyak artikel akhbar yang berkaitan dengan kes letak kereta berganda (double parking) dan bahaya yang datang bersama-sama dengannya. Walaupun, seseorang itu tidak sepatutnya menyokong perlakuan double parking, tetapi adakah perbuatan itu memberikan hak kepada orang yang kenderaannya disekat untuk memusnahkan, merosakkan atau menyebabkan kecederaan kepada orang yang menyebabkan halangan tersebut?

BHP Banner Pelaku Musnah

Double parking, pada dasarnya bermaksud bahawa seseorang meletak kenderaan di sebelah kereta yang telah diletakkan di tempat letak kereta atau di tepi jalan. Ini adalah perkara biasa di estet perumahan berkepadatan tinggi, di mana terdapat banyak kedai hiburan dan restoran.

Walaupun mereka, yang double park tanpa pandang bulu, tanpa pertimbangan, kekurangan pemikiran sivik dan mementingkan diri sendiri, boleh mengelakkan daripada berkelakuan sedemikian dengan hanya meninggalkan butiran hubungan mereka di papan pemuka kereta, untuk membolehkan mereka peluang untuk mengalihkan kenderaan mereka, tetapi tindakan semudah itu pun tidak dilakukan. Ada kalanya orang yang double park boleh mengelakkan keadaan sebegini dengan meletak kereta di tempat letak kereta yang berbayar tetapi mereka enggan berbuat demikian kerana mereka “Berjimat pada yang sedikit (belanja yang kecil), boros pada yang banyak (belanja yang besar).”

Oleh itu, adakah ini memberi hak kepada orang yang kenderaannya terhalang untuk memusnahkan, merosakkan dan / atau menyerang orang yang menyebabkan halangan tersebut? Jawapannya pasti tidak. Tiada masyarakat moden akan menggalakkan apa-apa bentuk keganasan. Sebagaimana ianya mengecewakan, mengambil undang-undang ke tangan anda sendiri pastinya bukan jawapannya. Satu saat kegilaan boleh menyebabkan dakwaan di bawah kod jenayah.

Terdapat banyak peruntukan di bawah kod jenayah yang berkaitan di mana tindakannya boleh diambil. s 268 daripada Kanun Keseksaan (menyebabkan kesalahan gangguan awam) yang boleh dihukum di bawah s290 Kanun Keseksaan – denda sehingga RM400, dakwaan di bawah 319 dan 321 Kanun Keseksaan (menyebabkan kecederaan atau secara sukarela menyebabkan) yang boleh dihukum di bawah s 323 Kanun Keseksaan – boleh dipenjarakan selama tempoh satu tahun atau didenda sehingga RM2000.00 atau kedua-duanya. Sekiranya hanya ada kerosakan pada kenderaan, seseorang boleh didakwakan di bawah s 425 Kod, kerana menyebabkan kerosakan yang termasuk menyebabkan kerosakan kepada harta kepunyaan orang lain, kesalahan tersebut boleh dihukum di bawah s 426 Kod, dengan pemenjaraan yang boleh melebihi tempoh 5 tahun dan denda atau kedua-duanya.

double-parking 2

Jika anda lakukan ini anda boleh didakwa

Walaupun perbuatan double parking tidak boleh dibiarkan tetapi perlakuan itu sendiri tidak memberi kuasa kepada yang disekat untuk mengambil tindakan di tangan sendiri.

Adalah lebih baik untuk menangani keadaan dengan cara yang tenang berbanding dengan tindak balas melulu, yang boleh menyebabkan ianya menjadi kes jenayah.

Ia juga akan berguna sekiranya seseorang selalu dihalang untuk memaklumkan pihak berkuasa yang berkenaan, supaya mereka dapat meningkatkan rondaan mereka di kawasan tersebut dan saman mereka yang menyebabkan halangan itu sebagai satu usaha pencegahan.

Nasihat dari Harjinder Singh

C-8-2, Block C, 8th Floor Megan Avenue II

No 12 Jalan Yap Kwan Seng

50400 Kuala Lumpur

Mobile: 016-2888897

Office:03-21621324

Fax:03-21628923

 

Previous post

Mahukah Anda Ke Puspakom Kalau Tidak Terpaksa?

Next post

TRD Lancar Barangan Body Styling Toyota Supra

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *