Penyelenggaraan

Adakah Bengkel Berdaftar Mengecaj Pemilik Kenderaan Yang Naif Berlebihan?

Pertama, ia mesti dimaklumkan bahawa kami memiliki kereta lama, jadi memandu ke pengedar yang sah untuk servis kereta kami tidak pernah menjadi pilihan. Walaupun kami membeli kereta berumur 4 tahun dan telah menggunakannya sudah 7 tahun, kami hanya pernah pergi dua kali ke penjual dan selepas melihat harga mereka, kami memutuskan untuk pergi ke mekanik biasa kami dan menjimatkan wang lebih daripada 150%.

BHP Banner Bateri

Bagi kebanyakkan pemilik kereta yang tidak tahu mana satu mekanik yang boleh dipercayai atau bahkan untuk pergi ke mana untuk pembaikan, mereka tidak mempunyai pilihan tetapi pergi ke bengkel yang berdaftar dan membayar harga premium untuk alat-ganti dan buruh. Jadi kenapa ada premium dan adakah ianya adil kepada pemilik kereta yang hampir baharu itu?Battery Cost 3Di atas ialah harga bateri di kedai bateri pilihan saya dan di bawah adalah harga bateri di bengkel pengedar yang berdaftar.Battery Cost 4

Pertama, perlu diingat bahawa pengedar kereta servis dan/atau membaiki beratus-ratus kereta setiap bulan dan mempunyai banyak ruang perkhidmatan dan mekanik yang terlatih dengan peningkatan perisian yang disediakan untuk kereta anda apabila diperlukan.

Walau bagaimanapun, pemilik kereta hanya boleh bertemu dengan penasihat perkhidmatan untuk menentukan apa yang diperlukan oleh kereta mereka dan mungkin tidak akanberjumpa langsung dengan mekanik yang akan membaiki kereta mereka.

Pengedar yang berdaftar mengkhususkan diri dalam membaiki dan mengekalkan jenama kereta anda sedangkan bengkel biasa membaiki semua jenis kenderaan.

Bengkel biasa bermula dari awal untuk membina hubungan erat dengan pelanggan yang membayar, sedangkan bengkel yang berdaftar akan memberikan perkhidmatan percuma untuik beberapa tahun (di bawah perjanjian servis kereta baharu anda) untuk memupukkan pertalian.

Pengedar berdaftar mempunyai bilik air yang bersih, tempat menunggu yang selesa, Wi-Fi percuma, makanan ringan dan minuman percuma dan kadang-kadang juga kereta pinjam untuk kemudahan anda. Semua ini adalah kos dan kos ini perlu dibayar dengan kos buruh dan harga alat-ganti yang lebih tinggi.

Bilik air kebanyakkan bengkel biasa pula, amat menakutkan dan tidak boleh digunakan, tidak ada Wi-Fi percuma dan makanan ringan dan jika anda bernasib baik mungkin ada restoran mamak yang berdekatan dengan makanan dan minuman yang berkualiti rendah dengan harga yang mahal.

Kenapa kita berkongsi fakta-fakta ini dengan anda? Sebenarnya, seorang sahabat wanita kami baru-baru ini, yang memandu kereta yang berusia lima tahun, tidak dapat ‘start’ keretanya dan sebab yang dikenal pasti ialah kerana baterinya sudah mati. Pusat servis jenama kereta yang berdaftar berkenaan telah menyebut harga untuk bateri baru sebanyak RM773.00.

Kami menasihati beliau untuk ke kedai bateri biasa kami di Petaling Jaya Section 17 yang kami sudah langgani selama 20 tahun dan baterinya digantikan dengan bateri baharu berkualiti dengan harga, hanya RM285.00. Ini penjimatan besar sebanyak RM488.00 dan semua dilakukan dalam masa kurang dari 15 minit manakala di pengedar yang berdaftar ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 1 jam.

Ini adalah penjimatan yang perlu diketahui semua pemandu celik belanjawan Malaysia. Ya, memang pengedar kereta baharu perlu keuntungan tetapi keuntungan sebanyak 170%? Ini sudah berlebihan, dan ……… jangan lupa, pembekal bateri yang biasa itu, juga mendapat keuntungan pada harga RM285.00 itu.

Jadi, di manakah sepatutnya garisnya margin keuntungan dalam penyelenggaraan kereta? Kami asyik mendengar cerita yang menakutkan dari pemandu kereta yang naif dan nampak gayanya tidak banyak yang dilakukan untuk mengurangkan kos pemilikan apabila kos untuk membeli sebuah kereta baharu adalah salah satu yang tertinggi di dunia.

Satu lagi cerita, pengedar kereta baru yang didaftarkan mencadangkan rakan kami untuk menukar mounting kotak gear dan enjinnya. Ini adalah satu cerita yang akan kami kongsi tidak lama nanti.

Battery Cost 2

Previous post

Audi Malaysia Memperkenalkan A3 Sedan Dan A5 Sportback

Next post

258 Kakitangan Proton Terima Sijil Kemahiran Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *