Berita Auto

MINI John Cooper Works GP Keluar Tahun Depan

Jika anda bercita-cita untuk mendapatkan MINI John Cooper Works (JCW), anda mungkin mahu menangguh dulu impian itu kerana MINI bakal memperkenalkan varian yang lebih laju, malah paling laju yang pernah dihasilkan, iaitu JCW GP.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Reka bentuk model berprestasi tinggi itu belum didedahkan sepenuhnya namun berdasarkan gambar-gambar teaser yang disediakan, ia mungkin akan tampil tidak jauh berbeza dengan versi konsep yang diperkenalkan pada 2017.

mini-john-cooper-works-gp-concept

MINI JCW GP Concept

Menurut syarikat itu, JCW GP dikuasakan oleh enjin turbo 2.0-liter empat silinder dengan kuasa lebih daripada 300 hp. Bukan itu sahaja, naik taraf pada model ini turut merangkumi berat yang dioptimumkan serta talaan pada suspensi bagi menjadikan ia lebih lincah di selekoh.

2020-mini-john-cooper-works-gp-teaser-gohedgostan-2

MINI turut menyatakan bahawa ia menetapkan benchmark pada JCW GP versi terdahulu yang mencatat masa 8 minit 23 saat d litar Nurburgring. Adakah ini satu tanda bahawa MINI akan melakukan percubaan catatan masa dengan model terbaru?

2020-mini-john-cooper-works-gp-teaser-gohedgostan-3

JCW GP akan dijual bermula tahun 2020 dalam jumlah yang terhad iaitu 3,000 unit. Namun seperti sebelum ini, ia mungkin habis dijual sebelum dilancarkan secara rasmi.

 

Previous post

Toyota Corolla 2019 Diperkenalkan

Next post

Keuntungan Nissan Naik 25% Walaupun Dengan Isu Ghosn

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *