Berita Auto

Volvo Car Malaysia Buka Pusat 3S di Kuching

Volvo Car Malaysia bersama Fotroende Automobile menandakan kemasukan semula jenama itu ke negeri Sarawak menerusi pembukaan pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) terbaru yang terletak di Jalan Tun Jugah di Kuching.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Lennart Stegland yang kagum dengan kepentingan Sarawak untuk pertumbuhan jenama itu pada masa depan.

Photo 1

“Potensi Sarawak dalam pasaran kereta premium tidak dapat dinafikan. Adalah penting untuk kami mendapatkan semula kedudukan di Kuching sebelum berkembang ke bandar-bandar lain di negeri ini. Kami telah berusaha keras untuk memastikan jenama ini diwakili oleh rakan pengedar yang berwibawa dan bersemangat yang akan melayan pelanggan kami dengan baik,” kata Stegland.

Reception 1

Seperti semua cawangan pengedar Volvo, Volvo Kucing mematuhi standard bilik pameran dan perkhidmatan terkini yang dikenali sebagai ‘Volvo Retail Experience’ atau VRE.

The Livingroom 2

“Permintaan untuk jenama itu kuat, terutamanya dengan ketibaan model baru yang menarik dari Volvo. Kami berbangga kerana dipilih oleh Volvo Car Malaysia untuk mewakili jenama itu di Kuching, “kata David Lai, Pengarah Urusan Fotroende Automobile. Nama syarikat Fotroende Automobile berasal dari perkataan Sweden “Förtroende” yang bermaksud “keyakinan”.

Service Bay 1

Bilik pameran Volvo Kuching dibuka dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat, dan tutup pada 4 petang pada Sabtu. Ia juga akan dibuka pada Ahad dan cuti umum dari 10 pagi hingga 3 petang.

 

Previous post

M3 E30 Rekaan Vilner Ini Pasti Buat Peminat BMW Terliur

Next post

Macam Mana Ini Boleh Terjadi?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *