Berita Auto

Perodua Bezza Tiba Ke Pasaran Sri Lanka

Perodua Bezza telah dilancarkan di Sri Lanka menerusi Unimo Enterprises Ltd., pengedar rasmi kenderaan Perodua di negara itu. Hanya satu varian diperkenalkan iaitu 1.0L automatik dengan harga 3.69 juta Sri Lanka Rupee atau bersamaan dengan RM103,162.29.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sri Lanka merupakan market eksport terbesar Perodua dengan 4,000 unit kenderaan terjual antara 1997 dan 2017 (sehingga penghujung Mei). Buat masa ini, Unimo mengimport Axia (dengan angka jualan sebanyak 1,400 unit tahun lalu) dan kini Bezza.

“Kami masih kecil di Sri Lanka namun kami melihat banyak potensi seiring dengan perkembangan ekonomi negara ini,” ujar Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

bezza_white__front_left_

Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka, Wan Zaidi Wan Abdullah.

Sejak 1997, Perodua telah mengeksport lima model ke Sri Lanka iaitu Kancil, Kenari, Kelisa, Viva dan Bezza.

Secara keseluruhan, Perodua telah mengeksport 1,600 unit kenderaan ke enam negara tahun ini, termasuk Indonesia di bawah nama Daihatsu Sirion.

Previous post

ETCM Lancar Kempen Keselamatan Nissan 2017

Next post

Hyundai Tucson 1.6L Turbo GDI Dilancarkan di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *