Cerita Auto

Proton Iriz 2017 – Lebih Baik Atau Sama Sahaja?

Dilancarkan pada September 2014, Proton Iriz adalah percubaan ketiga pengeluar kenderaan nasional itu dalam segmen hatchback, selepas dua model yang boleh dikatakan gagal untuk menambat hati pembeli iaitu Tiara pada 1996, diikuti dengan Savvy sembilan tahun kemudian. Kini, setelah hampir tiga tahun berada dalam pasaran, Iriz telah menerima beberapa penambahbaikan untuk terus menjadi pesaing yang relevan dalam segmennya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Proton baru-baru ini menjemput kami bagi mencuba Iriz versi facelift ini di litar ujian mereka di Shah Alam. Menurut syarikat itu, segala penambahbaikan dibuat berdasarkan maklum balas pelanggan yang diterima sejak hari pertama ia diperkenalkan dan ini merangkumi aspek kemasan luaran dan dalaman, pemanduan serta NVH (Noise, Vibration and Harshness).

Proton Iriz

Bermula 2017, barisan model Iriz akan diselaraskan dengan hanya empat varian ditawarkan iaitu 1.3 Standard (manual), 1.3 Standard (CVT), 1.6 Executive (CVT) dan 1.6 Premium (CVT) sebagai varian tertinggi. Walaupun tidak ada perubahan dari segi rekaan, Iriz facelift kini didatangkan dengan skirt sisi dua tona, gril hitam berkilat, logo kepala harimau Proton terbaru serta bumbung berwarna hitam bagi varian 1.6 Premium. Dua warna baharu turut diperkenalkan iaitu Ruby Red dan Carnelian Brown.

Proton Iriz

Sama juga ceritanya di dalam, di mana kemasan-kemasan baharu digunakan bagi menghasilkan suasana yang kekal segar. Berbanding versi asal, Iriz facelift menampilkan upholsteri kulit dan fabrik yang dihiasi dengan jalur biru dan merah di tengah-tengah tempat duduk, Selain itu, ia juga menerima paparan meter baru dengan penunjuk Eco, karpet baru, serta sistem infotainmen Smart Link yang membolehkan telefon pintar dikawal melalui skrin sesentuh.

Proton Iriz

Tidak dinafikan, perubahan-perubahan yang diberikan sedikit sebanyak memberikan kesegaran kepada model yang akan menyambut hari jadinya yang ketiga tidak lama lagi. Namun, apa yang lebih penting adalah perubahan yang tidak boleh dilihat tetapi boleh dirasakan, iaitu aspek NVH dan pemanduan.

Proton Iriz

Enjin yang digunakan pada kedua-dua model 1.3 dan 1.6 kekal sama, namun seperti Persona baru, ia kini ‘diikat’ dengan hanya tiga ‘mounting’ berbanding empat sebelum ini. Cara ini dikatakan dapat mengurangkan getaran yang terhasil, sekaligus memberikan pecutan yang lebih senyap dan lancar. Unit kawalan enjin (ECU) juga ditala semula untuk prestasi keseluruhan yang lebih meyakinkan.

Proton Iriz

Selain itu, perhatian turut diberikan kepada unit kawalan transmisi (TCU) bagi membantu unit CVT tersebut menyalurkan kuasa ke roda dengan lebih berkesan. Walaupun hanya sempat memandu untuk beberapa pusingan pada sesi ujian tersebut, perubahan positif terutamanya pada aspek pecutan dan respon boleh dirasakan dengan jelas sebaik sahaja pedal minyak ditekan.

Proton Iriz

Menurut Proton, Iriz kini mampu menghasilkan ‘G-force’ yang lebih tinggi ketika memecut dan pada yang sama mengurangkan bunyi bising sebanyak 5 desibel. Ini dapat dicapai dengan penggunaan penebat bunyi yang lebih berkualiti yang dapat menghalang bunyi daripada bahagian enjin daripada meresap masuk ke dalam kabin.

Proton Iriz

Bagi menjawab persoalan di atas, ya, Iriz baru secara keseluruhannya adalah lebih baik berbanding sebelum ini, dan sejujurnya, penambahbaikan yang diberikan menjadikan ia produk yang lebih menarik dan menggoda. Namun, mampukah ia mengancam kedudukan pesaing terdekatnya iaitu Perodua Myvi? Mungkin sukar, namun tiada apa yang mustahil.

 

Proton Iriz

Proton Iriz

Proton Iriz

Proton Iriz

Proton Iriz

 

 

 

Previous post

20,000 Pek Kurma Dan 3,000 Pek Juadah Berbuka Percuma Untuk Pengguna LPT

Next post

Toyota Camry Ini Tidak Akan Ke Malaysia … Kenapa?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *