Cerita Auto

Zen Low Rakyat Malaysia Pertama Mengemudi Jentera 488 Challenge Dalam Ferrari Challenge Asia-Pacific 2017

Kejohanan Ferrari Challenge Asia-Pacific musim 2017 membuka tirainya pada hujung minggu lalu di Abu Dhabi. Ia akan menjadi musim yang menarik, terutamanya bagi Zen Low, rakyat Malaysia pertama yang menyertai kejohanan tersebut dengan memandu jentera 488 Challenge. Beliau bermula cemerlang apabila berjaya mendapat tempat kedua dalam Race 1 dan ketiga dalam Race 2.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Zen yang memakai nombor 69 akan bersaing sepanjang musim 2017 di bawah kategori Trofeo Pirelli bersama pasukan NAZA Aylezo. Beliau telah mengasaskan Aylezo Motorsport pada tahun 2009 dan mengambil bahagian dalam pelbagai acara sukan bermotor di peringkat tempatan dan antarabangsa termasuk Merdeka Millenium Endurance Race (2009 & 2010), Gulf 12 Hours 2012, Asian Le Mans Series (2013 & 2016), Lamborghini Blancpain Super Trofeo (2013, 2014 & 2016), GT Asia 2015, Sepang 12 Hours (2015 & 2016) dan Bathurst 12 Hours 2017.

09_Zen Low_Ferrari Challenge APAC

“Ini adalah peluang yang amat besar bagi saya dan saya merasa amat bangga untuk mewakili Malaysia dalam siri perlumbaan berprofil tinggi. Saya menghargai sokongan penaja seperti Naza World yang membolehkan saya memberi impak dalam arena sukan antarabangsa,” kata Zen, yang juga merupakan seorang ahli perniagaan.

06_Zen Low_Ferrari Challenge APAC

Menggantikan 458 Challenge, 488 Challenge adalah model pertama dalam siri perlumbaan ini yang menggunakan enjin turbo, menjadikannya jentera paling berkuasa dalam sejarah perlumbaan tersebut. Enjin 3.9-liter V8 yang juga digunakan dalam 488 GTB menghasilkan kuasa sebanyak 670 hp.

05_Zen Low_Ferrari Challenge APAC

Jentera itu juga menampilkan aspek aerodinamik yang dipertingkatkan rekaan baharu bonet dan bampar yang bertujuan meningkatkan ‘downforce’ serta menstabilkan bahagian belakang. Ia juga mengenakan sebuah spoiler belakang yang besar untuk lebih kestabilan pada kelajuan tinggi.

10_Ferrari Challenge APAC_Round 1_Abu Dhabi

Selepas Abu Dhabi, Ferrari Challenge Asia-Pacific 2017 akan ke Shanghai (27-29 Mei), Zheijang (9-11 Jun) dan Fuji (7-9 Julai) sebelum menuju ke Sepang (25-27 Ogos). Dari situ, kejohanan itu akan ke Singapura (15-17 September) sebelum menutup tirainya di Mugello (26-29 Oktober).

 

Previous post

Subaru Ascent Sah Menggantikan Tribeca

Next post

SUV Kompak Adalah Kegilaan Yang Akan Datang

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *