Berita Auto

Volvo Trucks Malaysia Lancar FH Series

Volvo Trucks Malaysia hari ini memperkenalkan trak premium keluarannya iaitu Volvo FH Series. Trak jarak jauh tersebut menawarkan penjimatan bahan api, keselamatan serta kebolehpercayaan terbaik dalam kelasnya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Volvo FH Series merupakan produk premium terbaru kami. Kami percaya ia mampu menawarkan kualiti luar biasa kepada pelanggan di Malaysia,” kata pengarah urusan Volvo Malaysia, Mats Nilsson.

????????

Volvo FH menampilkan pengendalian mengagumkan menerusi teknoloi Volvo Dynamic Steering (VDS) yang memberikan kestabilan pada kelajuan tinggi dan kawalan sepenuhnya ketika pemanduan perlahan. Ia mengurangkan sensitivit trak terhadap angin lentang dan memastikan kestabilan di atas jalan tidak rata.

Electronic Stability Programme (ESP) pula mengurangkan risiko trak daripada tergilincir dan terbalik. Dalam keadaan bahaya, ia diaktifkan secara automatik dengan mengurangkan kuasa enjin sebelum membrek.

fh_610_03_copy

Trak tersebut juga dilengkapi dengan penyerap hentak yang dipatenkan oleh Volvo yang berfungsi menghantar tekanan beban ke bahagian tengah casis. Sistem suspensinya pula direka untuk menghalang getaran daripada merebak ke seluruh trak.

Untuk penjimatan bahan api, FH Series menampilkan teknologi I-Shift dengan rantai gear yang mempunyai nisbah transmisi sehingga 32:1 dan sehingga 37:1 dalam gear undur.

rsz_1xfh_05

Keselesaan pemandu juga tidak dilupakan dengan FH Series. Selain daripada ruang kabin dan ruang rehat yang besar dan selesa, trak tersebut juga mempunyai ruang penyimpanan barang di bahagian belakang dan luar yang boleh diubah suai mengikut keperluan pelanggan. Ciri baharu iaitu I-Park Cool pula memberikan kapasiti penyejukan tanpa menjejaskan ruang kabin atau penggunaan bahan api.

Dari aspek keselamatan, FH Series dibina dengan struktur serba baharu yang telah menjalani lebih seribu simulasi perlanggaran di Sweden dan mematuhi semua piawaian yang ditetapkan pihak berkuasa. Ia dipadankan dengan tiang A, pintu dan struktur lantai yang bersepadu dengan cermin utama bagi menawarkan lebih perlindungan. Jendela langit ‘skylight’ juga bertindak sebagai ruang melepaskan diri jika berlaku kemalangan.

Volvo FH_006

Lain-lain aspek penting yang terdapat pada FH Series termasuklah kabin yang luas dengan ketinggian mencecah 220 cm serta reka bentuk unik cermin sisi dan dan panel pintu rendah yang meningkatkan tahap penglihatan.

 

 

.

Previous post

Proton Perdana Terima Anugerah ‘Malaysia Good Design Mark’

Next post

BMW 740Le xDrive Kini Masuk Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *