Berita Auto

Perodua Bezza Dinobat Frost & Sullivan Malaysia Car of the Year 2017

Sedan pertama Perodua iaitu Bezza telah dinobatkan sebagai ‘Malaysia Car of the Year 2017’ oleh Frost & Sullivan pada majlis anugerah kecemerlangan tahunan syarikat itu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Anugerah itu diberi berdasarkan pencapaian model itu dalam jumlah dan pertumbuhan jualan, penguasaan pasaran dalam segmen dan impak menyeluruh kepada jumlah keseluruhan industri.

Selain itu, Frost & Sullivan turut menamakan Bezza sebagai ‘Malaysia Debut Car of the Year 2017’ dan Axia sebagai ‘Malaysia Value-for- Money (1.3L & below category) Car of the Year 2017’.

“Kami amat terharu dengan pengiktirafan yang diberikan kepada Bezza dan Axia. Anugerah Malaysia Car of the Year Frost & Sullivan ini adalah satu sokongan terhadap model pertama dengan rekaan penuh bahagian atas daripada kami,” kata Presiden dan CEO Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

 

Previous post

Azlan Menang Berganda di Buriram

Next post

Subaru Ascent Sah Menggantikan Tribeca

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *