Motosikal / Lain Lain Roda

Motosikal Custom Zero Engineering dan Ruby Helmets Masuk Pasaran Malaysia

Pengeluar motosikal ‘custom’ terkenal Jepun, Zero Engineering, telah memasuki pasaran Malaysia dengan barisan “samurai choppers” terkenalnya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Diasaskan pada tahun 1992 oleh otai motosikal custom iaitu Shinya Kimura, Zero Engineering terkenal dengan gaya tanpa kompromi, kecantikan dan perhatian kepada perinciannya. Ia mempunyai kumpulan pelanggan berprofil tinggi seperti David Beckham, Brad Pitt dan juga Tony Stark dari filem Iron Man.

??????????????????????

Syarikat tersebut menawarkan tiga model samurai chopper yang berbeza iaitu Type-5, Type-6 dan Type-9i, dengan enjin diperoleh daripada syarikat S&S Cycles. Dengan casis tegar dan kejuruteraan moden, Type-5 dan Type-6 mengetengahkan prestasi dan kebolehpercayaan, manakala Type-9i menggabungkan gaya dan prestasi dengan rekaan klasik dan suspensi jenis ‘multi-link’.

??????????????????????

Motosikal yang dikeluarkan oleh Zero Engineering mengambil masa beberapa bulan untuk disiapkan dan setiap satunya didatangkan dengan ciri “Zero Style” melalui kerangka ‘goose neck’ atau ‘dragon neck’ yang dipadankan dengan spring di bahagian hadapan.

DSC_0070

Motosikal Zero Engineering diimport oleh Didi Resources Sdn Bhd, dan diedarkan serta dipasarkan oleh Stronghold Cycles Sdn Bhd. Sebuah pusat 3S akan dibuka di The Gasket Alley di Petaling Jaya. Ia merupakan sebuah hab gaya hidup yang menempatkan beberapa pengeluar motosikal dan pakaian.

??????????????????????

Selain itu, majlis pratonton Zero Engineering juga menyaksikan pelancaran topi keledar Ruby Helmets yang dibawa masuk secara eksklusif Working Class Heroes, sebuah kedai aksesori motosikal yang terletak di Bandar Sunway.

??????????????????????

Menggabungkan keselesaan, keringanan dan teknologi canggih, Ruby Helmets menampilkan cengekerang luaran yang diperbuat daripada gentian karbon dan lapisan gentian kaca, serta lubang pengudaraan pada cengkerang dalaman. Ia juga mempunyai elemen-elemen yang titanium dan aluminium untuk sebagai ciri keselamatan. Harga bagi Ruby Helmets bermula dari RM3,500.

 

Previous post

Aston Martin - Aston Martin Bernilai £ 65 Juta di Loji Baharu Mereka

Next post

Bermaz Motor Lancar Mazda MX-5 RF

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *