Motosikal

Motorrad Nightfuel 2017 Raikan Barisan BMW Heritage

Ruang parkir kereta di Jalan Riong, Bangsar meriah dengan deruman enjin daripada lebih 400 buah motosikal dan peminat BMW Motorrad yang datang menghadiri acara Motorrad Nightfuel untuk meraikan semangat setia kawan, makanan, muzik dan motosikal premium.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Acara BMW Motorrad Nightfuel kali kedua itu juga mengetengahkan varian-varian BMW Motorrad Heritage – R nineT, R nineT Pure dan R nineT Racer baharu.

BMW 04

Dicipta untuk peminat motosikal dengan ‘tunggangan sebenar’, varian BMW Motorrad baharu ini menyerlahkan idea untuk mengubah suai gayaan motosikal mengikut kecenderungan masing-masing.

Acara tersebut dimulakan dengan makan malam dan persembahan secara langsung daripada kumpulan muzik tempatan NRG atau “Name, Reputation & Glamour”. Kemudian, barisan motosikal BMW Motorrad Heritage baharu diperkenalkan oleh Ketua BMW Motorrad, Owen Riley dan Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia, Sashi Ambi.

BMW 03

Menampilkan intipati perjalanan BMW Motorrad yang mengujakan selama lebih 90 tahun, R nineT jelas menggambarkan masa silam penuh gemilang BMW Motorrad. Ia hadir dengan satu konsep keseronokan tunggangan yang unik bersama reka bentuk klasik, minimalis dan fokus terperinci terhadap aspek teknikal.

R nineT Pure baharu ialah sebuah roaster yang sejati. Manakala R nineT Racer pula sebuah motosikal sport klasik dan old school dengan fairing separuh, di mana konsep rekaan begitu cukup popular sekitar tahun 1960 dan 1970-an. Ia dilihat terus membangkitkan nostalgia dalam kalangan ramai peminat motosikal hingga ke hari ini.

P90232721_highRes_the-new-bmw-r-ninet-

Model-model BMW Heritage dikuasakan oleh enjin boxer dengan sistem penyejukan udara/cecair berkapasiti 1,170 cc dengan 110 hp dan 116 Nm tork. Enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan. Rangkaian kuasa itu direka untuk memenuhi piawaian emisi EU4.

Sebab itulah semua motosikal tersebut didatangkan dengan ciri-ciri seperti pemetaan enjin yang baru dan sistem bahan api bersama tabung karbon untuk ventilasi tangki minyak. Tidak terkecuali, sistem ekzos dengan satu pengubah bermangkin (catalytic converter) yang mempunyai bahagian silang lebih besar.

The new BMW R nineT Scrambler (7)

Harga runcit (termasuk GST, tanpa kos-kos lain) untuk model-model ini ialah:

  • BMW R nineT – RM101,900
  • BMW R nineT Pure – RM82,900
  • BMW R nineT Racer – RM88,900
Previous post

10 Fakta Mengenai Engine BMW P66 / 1 DTM Baharu

Next post

Perodua Buka Bilik Pameran Baharu di Kota Samarahan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *