Cerita Auto

Honda Malaysia Buka Pusat 4S Terbesarnya

Honda Malaysia dan Kah Motor telah membuka pusat 4S Honda terbesar di negara ini yang terletak di Tebrau, Johor Bahru. Kumpulan pengedar terbesar jenama itu menaik taraf kemudahannya bagi memenuhi keperluan pelanggan dengan perkhidmatan jualan, servis, alat ganti serta badan dan cat di bawah satu bumbung.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Pada 2016, kawasan selatan yang terdiri daripada Johor, Melaka dan Negeri Sembilan menyumbang kira-kira 20% daripada jumlah jualan Honda Malaysia, yang diterjemahkan kepada lebih daripada 18,600 unit dan merupakan penyumbang jualan kedua tertinggi. Dari tiga negeri tersebut, Johor menyumbang 70% daripada jualan serantau tahun lepas. Antara tujuh model yang ditawarkan oleh Honda Malaysia, City adalah model paling laris di negeri Johor,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Roslan Abdullah.

03 The spacious showroom of Kah Motor Honda 4S Centre in Tebrau

Peningkatan dalam jualan di Johor juga membawa kepada peningkatan dalam ambilan serivs. Menurut Roslan, Johor mencatatkan ambilan servis sebanyak lebih daripada 128,000 unit pada tahun 2016, peningkatan sebanyak 15% berbanding tahun 2015. Pembukaan pusat 4S baharu ini tepat pada masanya bagi memenuhi permintaan pelanggan terutamanya dalam perkhidmatan selepas jualan.

04 Kah Motor Honda 4S Centre in Johor offers a colourful Kid's Corner for customers' children

Sebanyak RM40 juta telah dilaburkan ke dalam pusat 4S berkeluasan 142,389 kaki persegi ini, dan ianya termasuk kos bagi mendapatkan tanah, bangunan, kelengkapan serta perabot. Ia mempunyai 37 ruang penyelenggaraan dengan kapasiti servis sehingga 100 kenderaan setiap hari. Untuk keselesaan pelanggan, pusat ini juga menyediakan ruang istirehat, ruang bermain kanak-kanak, cafe, Wi-Fi percuma serta sebuah surau.

06 The well equipped and brightly lighted service bays at Kah Motor Honda 4S Centre in Tebrau

Untuk membuat temujanji atau mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan, pelanggan boleh menghubungi Kah Motor di talian 07-3577722 atau terus ke pusat tersebut yang beralamat di No.20, Jalan Kencana Emas 2, Kawasan Perindustrian Tebrau III, 81100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

Previous post

Boon Siew Honda Akan Eksport RS150R

Next post

Bila Boleh Saya Beli Kereta Lynk & Co?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *