Cerita Auto

Aston Martin Vanquish S Red Arrows Ambil Inspirasi dari Pasukan Aerobatik RAF

Aston Martin Vanquish S Red Arrows adalah rekaan terbaru Q by Aston Martin yang dikeluarkan sebagai penghormatan kepada unit aerobatik ‘Red Arrows’ yang bernaung di bawah Royal Air Force (RAF).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Hanya 10 unit model ini akan dihasilkan dan satu daripadanya akan diserahkan kepada Kumpulan Wang Ihsan RAF, satu badan amal yang ditubuhkan khas bagi memberi sokongan kepada bekas anggota RAF dan keluarga mereka.

Q_by_Aston_Martin_Vanquish_S_Red_Arrows_Edition_02.jpg

Vanquish S Red Arrows menampilkan warna merah Eclat Red yang dipadankan dengan trim putih dan biru di sekeliling kenderaan, serta panel bumbung gentian karbon terdedah dengan corak yang sama seperti kanopi jet. Imej supercar tersebut dilengkapkan lagi dengan lambang bendera Union Jack dan sistem ekzos titanium.

Q_by_Aston_Martin_Vanquish_S_Red_Arrows_Edition_05.jpg

Konsep Red Arrows dan RAF diteruskan di dalam kabin, di mana kemasan hijau Pinewood, fabrik tempat duduk Martin Baker dan tali pinggang hijau digunakan. Juga terdapat sulaman sembilan kapal terbang Red Arrows dalam formasi ‘permata’ pada tempat duduk, dan plak khas yang akan ditandatangani oleh juruterbang Red Arrows mengikut nombor masing-masing.

Q_by_Aston_Martin_Vanquish_S_Red_Arrows_Edition_03.jpg

Selain itu, model edisi terhad ini juga didatangkan dengan roda stereng yang diambil daripada model One-77 serta butang dan suis yang direka berdasarkan peralatan penerbangan. Kemasan pintu pula dihiasi dengan corak ‘Vixen Break’ yang melambangkan formasi dengan daya G yang tinggi.

Q_by_Aston_Martin_Vanquish_S_Red_Arrows_Edition_04.jpg

Setiap pemilik Vanquish S Red Arrows akan mendapat aksesori khas seperti topi keledar lumba, sut lumba, jaket bomber, set bagasi, kain penutup kereta, ‘Build Book’ serta model kereta dan kapal terbang Hawk skala 1:18.

 

Previous post

Volkswagen Tiguan Finalis Anugerah World Car of the Year

Next post

Akid Jadi Tumpuan Pencabar Underbone 150cc ARRC

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *