Cerita Auto

Volkswagen Arteon Muncul di Geneva Motor Show

Volkswagen Arteon baharu, pengganti model CC yang telah pun dihentikan pengeluarannya, telah ditayangkan di Geneva Motor Show. Berasaskan konsep GTE Coupe dari 2015, Arteon menggabungkan keluasan kenderaan mewah dengan praktikaliti hatchback serta beberapa teknologi terkini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Seperti Beetle dan Type 3 Fastback pada 60an dan 70an, Arteon tampil dengan profil ‘fastback’ di mana garis bumbungnya meluncur ke bahagian belakang kenderaan, menghasilkan satu garisan lengkung yang lancar jika dilihat dari sisi. Ia juga menampilkan muka hadapan baharu Volkswagen yang terdiri dari gril, lampu hadapan, lampu nyalaan siang serta elemen krom.

Volkswagen Arteon 02

Berbanding dengan CC, Arteon lebih panjang dan lebar, manakala ruang dalamannya lebih luas dengan ruang bagasi sebesar 1,557 liter jika kerusi belakang dilipat sepenuhnya. Bukan itu sahaja, lampu LED dan rim 20-inci memperkukuhkan lagi imej sporty yang dibawa Arteon.

Volkswagen Arteon 04

Disebalik rekaan segarnya, Arteon turut menampilkan teknologi terkini seperti kokpit digital bersaiz 12.1 inci (seperti kokpit virtual Audi), paparan ‘heads-up’ aktif, serta skrin sesentuh 9.2 inci bagi sistem infotainment Discover Pro. Dari segi keselamatan, Arteon didatangkan dengan sistem Emergency Assist yang diprogramkan untuk memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan jika pemandu dalam keadaan tidak berupaya.

Volkswagen Arteon 03

Di Eropah, Arteon ditawarkan dengan enam pilihan enjin termasuk enjin 2.0-liter empat silinder dengan 276 hp dan sistem pacuan semua roda 4Motion, serta dua pilihan transmisi automatik. Menurut Volkswagen, walapun tampil premium, Arteon tidak akan dijual dengan harga yang mahal.

Previous post

Infiniti Project Black S - Kereta Sport Diinspirasikan oleh F1

Next post

Lamborghini Huracan Performante Tampil Dengan 640 HP dan Aerodinamik Canggih

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *