Cerita Auto

Sime Darby Auto Performance Buka Pusat Porsche Ketiga di Pulau Pinang

Sime Darby Auto Performance (SDAP), pengimport sah kenderaan Porsche di Malaysia, telah secara rasminya membuka bilik pameran Porsche Centre Penang.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) itu terletak di lokasi strategik di Jalan Baru di Seberang Perai, hab automotif Pulau Pinang, dan boleh diakses dengan mudah dari bahagian pulau melalui jambatan pertama.

Porsche Centre Penang_Showroom 03

Dengan pelaburan berjumlah RM15 juta, Porsche Centre Penang mempunyai keluasan 35,575 kaki persegi dan berada di atas tanah berkeluasan 102,524 kaki persegi.

Porsche Centre Penang_Exclusive Lounge 01

Ia mempunyai bilik pameran yang mampu memuatkan sehingga 10 buah kenderaan pada satu-satu masa, dua ruang dialog berhawa dingin, bahagian resepsi pasca jualan dan Carrera Lounge. Bahagian bengkelnya pula menampilkan sembilan ruang servis dan juga sebuah gudang untuk menyimpan stok alat ganti.

Porsche Centre Penang_Porsche Driver's Selection 01

Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan cenderamata eksklusif Porsche seperti pakaian, model skala dan permainan di ruang yang disediakan.

Porsche Centre Penang_Dialogue Bay 02

Previous post

Mitsubishi Motors Menyokong Pemuliharaan Hidupan Liar di Sarawak

Next post

Porsche 718 Cayman Kini di Malaysia - Harga dari RM530k

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *