Cerita Auto

Ini Dia Subaru Legacy Baharu

Legacy baru mempunyai gaya disemak semula dan naik taraf yang besar dari segi  keselesaan, keselamatan, dan keupayaan multimedia. Ditambah dengan butiran kejuruteraan dan reka bentuk yang lebih kecil dikeseluruhan Legacy 2018 ini, meningkatkan pengalaman memandu.

Sedan dengan ruang dalam yang paling luas dalam segmen midsize.  Datang dalam model 2.5i dengan 175 kuasa kuda,  enjin BOXER 2.5 liter 4 silinder  atau Legacy 3.6R dengan 256 kuasa kuda, enjin BOXER 3.6 liter 6 silinder .

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kedua-dua enjin dilengkapi dengan Lineartronic CVT (continuously variable transmission)  dengan mod manual dan suis kawalan paddle shift. ECU ditala semula. 2.5i boleh didapati dalam trim Standard, Premium, dan Sport; Limited menawarkan pilihan enjin 2.5i atau 3.6R.

Symmetrical All-Wheel Drive  dan Active Torque Vectoring Subaru adalah standard dalam semua trim, menjadikan Legacy satu-satunya sedan midsize yang menampilkan all-wheel drive sebagai standard untuk semua model. Legacy menambah Steering Responsive Headlights (SRH). SRH menuju lampu mengikut arah dipandu.

Model Limited dilengkapi dengan EyeSight untuk High Beam Assist dimana ianya dengan secara automatik, pasang atau tutup high beam bergantung kepada keadaan lalu lintas.

Bukaan jeriji lebih luas, lebih rendah dan bumper baru.  Gril heksagon Subaru lebih luas dengan elemen sayap tersendiri. Lampu headlight dan lampu parking berbentuk C. Lampu headlight kini dengan lampu siang LED  “Konoji”.

 

 

 

 

Previous post

Alpine A110 Sedia Untuk Debut di Geneva

Next post

Tempahan Volkswagen Tiguan Baharu Dibuka

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *